Friday, March 27, 2015

20 Amalan Murah Rezeki


Assalamualaikummmm...

Nak kongsikan artikel sempena hari Jumaat yang penuh barakah ni...mudah2an bermanfaat...








Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
Diantaranya:




1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:


“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)


2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:


“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)


3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:


“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)


4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:


“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)


5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:


“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)


Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:


“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:


“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)


7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:


“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)


8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.


9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:


“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”


10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:


“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)


12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:


“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)


13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:


“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)


14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .


15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:


“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:


“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)


Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)


17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.


Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.


Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.


18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.


19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)


Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:


“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)


Nabi s.a.w. bersabda:


“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)


Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)


Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.









1st Staff Birthday Party 2015

Assalamualaikum w.b.t


Setelah 3 tahun berlalu...
Akhirnya berjaya diadakan semula program besday party bersama opismates ku...

Kalo dulu geng2 ladies je yang join & celebrate..
Tapi kali ni..
semua staf terlibat...yeahh

Alhamdulillah...
Mudah2an bertambah erat  sillaturrahim sesama kita..
dan bertambah rezeki MTSB....
aminn ya rabb

Kali ni celebrate  untuk3 bulan sekali..
dengan tema warna baju 
"Black & Red"
dan part yang paling beshhh skali....hehe
Makan laaa...

Alhamdulillah ...mcm2 ade..
Kuih muih, pulut kuning + rendang, mee sup, roti jala, cheesekut, bihun goreng, spagety, cabonara, roti bun floss, nasik lemak, agar2 aiskrim, koktel, teh panas sedapppp & banyakkk lagi lahhh...dan semua potluck dari staf... kecuali 3 bijik kek sponsor by management..


jom layannn..






Tiup Belon dulu....




3 jenis Kek 




sebahagian kecil makanan yang ade...










 All women in black n red theme color


 Besday girl & boy - january



  Besday girl & boy - Februari



 Besday girl Mac - sorang jer..hehe...


Heppi...Kekenyangan...errggg..alhamdulillah





Sempat jugak selpie dengan opismate Cik Piqah...hehe

3 bulan dari sekarang...
insyaAllah ..
our next "besday party celebration"

OK..
c u soon.. :)





 

Tuesday, March 10, 2015

Semangat Yang Hilang...

Assalamualaikum sahabat alam maya ku sekalian..


Aku tak tau la nak mula mcm mana...

yang pasti mmg semangat aku tengah hilang sekarang nihh...

Rasa cam blank jer nak wat keje...
huhu

mesti korang penah rasa kan apa yang aku rasa...
takde semangat nak buat keje..

kalo korang ..ape korang buat ye??

bagi tips sikit bole kengkawan?

tolongggg...

hehe

p/s Harap2 cepat jumpe my semangat yang hilang..
p/s utk yang boleh menten je semangat tu i salute la uols...tahniah yerr












Tuesday, January 13, 2015

Majlis Aqiqah

السلام عليكمورحمة الله وبركاته



Minggu lepas g kenduri aqiqah anak member di Sungai Merab..

Kesempatan untuk bertemu kembali dengan kengkawan lama..

Walaupun tak semua ada..tp okla kan..

bukan senang nak jumpe..

masing2 dah ada komitmen kann..


jom layan... 

p/s Sila abaikan muka yang debab itu yer...hihi


Kengkawan masa Matrik UPM 1997



Ameera & Dina


Moga ada kesempatan untuk kita bertemu di lain masa yer kengkawan...

Take care :)

1st n 2nd day @PASTI Ainul Mardhiah

السلام عليكمورحمة الله وبركاته

Malam tu tdo tak lena dah..
beberapa kali bangun malam..
tanya "dah pagi blom bu?"
punyer la excited 

Pagi tu tgh siapkan dia..
tiba2 tanya "bu, betul ke aa g sekolah ni?"
"betul la..xkan ibu nak tipu plak.."
dia pun tersenyum..excited..

tengokla..ramaikan kawan dia..
moga2 anak ibu menjadi anak yang solehah..
mudah menerima pelajaran dan ilmu yang diajar..
cepat2 berdikari..

dan 

semoga membesar menjadi anak yang...
 memberi manfaat kepada orang lain khususnya ibubapa dan keluarga...

amin ya rabb










Buah Dabai Sarawak


Kenal tak dengan buah Dabai?

Pernah dengar?

Pernah rasa?

hmm..
bagi aku la..
rasa nya bestt sgt...lemak berkrim..disukai ramai...
tak caya? cuba tanya yang dah pernah merasa..:)

kisah nye..
 dapat buah dabai ni dari adik minggu lepas..
diorang balik ke Sibu, Sarawak..
memandangkan tengah musimm..
banyak la yg di tapau balik sini..

2 minggu lepas baru je terpikir teringin nak makan dabai..
tup tup dapat..hehe..
alhamdulillah...rezeki..

rendam dalam air panas japp (bagi dia lembut)..
buang air + garam ckit..
jom makan...
nyum nyum nyum








Thursday, January 8, 2015

Ameera @bercukur

Assalamualaikum...

Nama saya Ameera Insyirah..
ibu baru je botakkan rambut meera
comey tak meera?
Hehe

Doakan rambut meera tumbuh cepat yer uncle n auntie
sayanggg semuaa..muahhh ♡♡♡



Wednesday, December 24, 2014

Blueberry Cheese Brownies yang Hangussss :)


Assalamualaikum Kengkawan...

Hari ni nak cite psl brownies yang aku buat malam tadi..

Konon nye nk bawak 2 set untuk majlis kenduri doa selamat dan kesyukuran kat opis aku...
Tapi part yang tak besh nyeee...cheese brownies ku hangusssss...waaaaa..nasib baik lapis atas je..kalo tak haruuu..

ini semua gara2 fareez yang tak tdo lagi...hahaha..sibuk layan dia boleh pulak aku terlupa nk off kan setting api atas kat oven tuhh..hmmm nak buat camne...sendiri yang cuai kan....dengan muka tak malu aku bawak je kat opis ..hahaha..nasib laa...harap2 rasa nyer ok dan tak terjejas..

Jom kita layan gambor dia plakk.





In the making...2nd brownies


Sebelum Potong

Selepas Potong...



jeng jeng jeng..hehe



1st brownies yang hangusss kat atas nyer..hehehe



Jom Makannn!!

Wednesday, December 17, 2014

i'm back again!

Assalamualaikum wbt...

Untuk makluman diri sendiri..hehe..

Ini merupakan entry saya yang pertama untuk tahun 2014..
haishhh..lama bebenor simpan sarang kat umah nih..
penat bersihkan sarang dan debu yang berterbangan itu...

Apa2pun Alhamdulillah..Allah masih kurniakan kesempatan untuk saya menghela nafas hingga ke saat ini..

dan hari ini 
17 Disember 2014

genap sudah 5 tahun usia anak sulong ku

 Wan Nadhira Insyirah ..


Alhamdulillah...tak terasa masa berlalu..
tahun depan nak sekolah dah anak ibu ni..
camne agak nye..
orang nye kecik je..o
tgh bayangkan camne dia nk bawak beg & buku nti..
moga dipermudahkan segala nya untuk mu anak ku..

dan  tahun ini juga merupakan tahun kelahiran anak ke 3 saya ..

Wan Ameera Insyirah
23.Julai 2014..



Alhamdulillah...sekarang sudah hampir 5 bulan usia nya..

yerr ..tahun lepas sorang tahun ni pun sorang..hehe..rezeki..alhamdulillah..

Itu yang tak sempat2 jenguk blog nih..
InsyaAllah mudah2an lepas ni ade kesempatan untuk saya hapdet dan membizi body kat sini..

Ok kengkawan semua..

Sekian dulu nanti kita citer panjang lagi naaa..

Take Care :)






Monday, November 18, 2013

KHASIAT & FAEDAH ELKEN SPIRULINA RAJA SPIRULINA

Assalamualaikum...saya nak berkongsi khasiat yang terdapat pada Elken Spirulina...moga bermanfaat..:)

Bukan semua Spirulina dicipta sama dalam Peningkatan Faedah Kesihatan kerana hanya ELKEN SPIRULINA menyediakan Pembangunan dan Penyelidikan, Pengkulturan, Kecemerlangan Kualiti dan Komposisi Khasiat Makanan No.1. Kesemua kombinasi diatas membekalkan faedah peningkatan kesihatan yang terbaik daripada Elken Spirulina.

UNTUK IBU-IBU YANG MENGANDUNG

- Memberikan yang terbaik untuk bayi anda, Elken Spirulina ialah makanan serba semula jadi yang membekalkan kesemua 46 jenis nutrien perlu termasuk besi dan asid folik pada kadar 5 kali ganda lebih banyak daripada kacang soya dan 68 kali lebih kaya daripada bayam. Ia membantu kedua-dua kesihatan ibu dan keperluan perkembangan janin.


- Elken Spirulina boleh membantu mengurangkan risiko bahaya kelahiran. Surat khabar The Star 22/06/2003 melaporkan bahawa klorofil dapat mengurangkanrisiko kehilangan darah yang berlebihan sementara Vitamin K membantu memberhentikan pendarahan. Elken Spirulina membekalkan Vitamin K, dan 30 kali lebih banyak klorofil daripada alfafa, barli atau anak gandum.


UNTUK BAYI

-Komposisi kaya khasiat Spirulina menjadikannya makanan tambahan yang popular di Mexico, ia telah digunakan untuk menghasilkan formula bayi - hidangan berkhasiat yang lengkap. Akhir-akhir ini, ramai bayi yang sihat dan kuat sudah menjadi testimoni kepada faedah Elken Spirulina.


- Asid Gama Linolenik (GLA) membantu mengurangkan kemungkinan bayi menghadapi masalah kulit sensitif dan asma. Elken Spirulina mengandungi 3 kali lebih banyak GLA berbanding minyak Primros Kembang Petang /Evening Primrose oil (EPO), serta dapat dijadikan serbuk demi pengambilan mudah.


UNTUK KANAK-KANAK

- Pada tahun 1992, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghuraikan Spirulina sebagai "Suplemen nutrien yang cemerlang untuk kanak-kanak" sementara Professor Keiun Kodo, Bapa Elken Spirulina, menjelaskan bahawa Elken Spirulina adalah sempurna untuk perkembangan sel otak dikalangan kanak-kanak.


- Health Today, keluaran Oktober 2003, telah menegaskan bahawa, antara lainnya, Vitamin E, Beta Karotena dan Zink sebagai penggalak keimunan kepada kanak-kanak yang sedang membesar. Satu kajian yang dilakukan pada tahun 1994 oleh Universiti Nutrisi Kagawa, Jepun mengesahkan bahawa Spirulina berupaya meningkatkan keimunan. Elken Spirulina membekalkan kesemua kebaikan disamping kalsium dan magnesium membantu membina tulang dan gigi yang kuat terutama dikalangan kanak-kanak yang sedang membesar.


UNTUK AHLI SUKAN

- Surat Khabar The Star 22hb Jun 2003 melaporkan bahawa "bacaan analisis typical terhadap Spirulina adalah seperti multivitamin dan pembentukan mineral tetapi ia jauh lebih unggul kerana ia mengandungi klorofil, beta karotena disamping 10 bentuk karotenoid yang lain, asid lemak perlu GLA dan phitokimia seperti phikosianin, glikolipid dan sulfolipid yang diperlukan untuk pembaikan sel."


- Protein adalah perlu untuk pembentukan otot yang sihat. Elken Spirulina membekalkan 18 jenis Asid Amino (protein) untuk membantu proses ini.


UNTUK EKSEKUTIF YANG SIBUK

- Untuk mengatasi radikal bebas yang membahayakan kesihatan yang datang bersama-sama dengan persekitaran komputer, Ahli Kiropraktik Amerika Syarikat Clyde Ford mengesyorkan pengambilan Vitamin A, E dan Soperoksida Dismutase (SOD). Elken Spirulina membekalkan semua ini, dengan Vitamin A daripada Beta karotena, yang 3 kali ganda lebih tinggi di kalangan pengguna spirulina dalam kajian klinikal yang di jalankan oleh Dr Yasumasa Kodo. Maklumat perubatan oleh Merck Manual yang berwibawa mengatakan bahawa Beta Karotena adalah lebih selamat berbanding vitamin A, kerana vitamin A boleh menyebabkan KETOKSIKAN yang terlampau jika diambil terlalu banyak, manakala Beta Karotena tidak mendatangkan kesan sedemikian.

- Jadual kerja yang sibuk menyebabkan diet yang tidak sihat, penghadaman yang lemah serta nafas berbau. Elken Spirulina adalah 100% alkali, lantas ia dapat Mengurangkan ketidakhadaman dan kepanasan badan akibat kandungan yang banyak asid dalam diet penuh daging. Elken Spirulina juga mengandungi 10 kali lebih banyak klorofil berbanding sayuran hijau. Surat khabar The Star 22/06/2003 melaporkan bahawa klorofil dapat mengurangkan nafas berbau dan penyakit gusi. Ia juga meningkatbaikkan penghadaman dan menghindarkan sembelit.

UNTUK WANITA

- Elken Spirulina mengandungi 2 kali ganda GLA berbanding EPO, lebih berupaya melegakan simptom Sindrom Prahaid(PMS), Ia juga kaya dengan besi organik untuk pembentukan tenaga dan darah yang sihat.

- Produk Antipenuaan biasanya menggunakan Asid Amino (Protein) dan Beta Karotena. Elken Spirulina membekalkan Asid Amino yang mudah diserap, mengandungi paras protein yang dua kali lebih kaya daripada kacang soya dan 6 kali ganda lebih daripada telur. Paras Beta Karotenanya yang tinggi telah dibuktikan oleh kajian yang dijalankan oleh Dr Yasumasa Kodo. Elken Spirulina juga membantu wanita yang berumur lebih daripada 35 tahun mengurangkanrisiko rapuh tulang, memandangkan ia kaya dengan kalsium dalam bentuk makanan asli yang selamat.


UNTUK VEGETARIAN

- elken Spirulina merupakan makanan Vegetarian yang lengkap, boleh membantu pengamal Vegetarian yang ketat yang tidak makan sebarang produk haiwan mengurangkan risiko kekurangan Vitamin B12 dengan membekalkan 2.5 kali lebih banyak Vitamin B12 daripada hati lembu, dipercayai sebagai sumber terbaik vitamin B12.


UNTUK PEROKOK


- Perokok dan kaki botol didapati mempunyai kepekatan Beta Karotena (sejenis antioksidan) darah yang 2 kali lebih rendah berbanding dengan orang biasa. Keadaan ini mendedahkan mereka kepada kesan mudarat radikal bebas. Elken Spirulina mengandungi 40-60 kali banyak Beta Karotena dari pada bayam dan 25 kali lebih daripada karot. Menurut kajian klinikal Dr Yasumasa Kodo, Elken Spirulina dapat meningkatkan paras beta karotena sehingga 3 kali ganda untuk melawan radikal bebas.


UNTUK WARGA TUA


- Elken Spirulina berasal daripada Jepun, negara yang terkenal dengan rakyat yang panjang usia. Kealkalian Elken Spirulina yang 100% membantu menggalakkan penghadaman, melindungi buah pinggan dan melegakan kesakitan yang berpunca daripada athritis kronik. Kesan Spirulina adalah untuk mencegah kegagalan buah pinggang akibat dadah farmaseutik yang telah disahkan oleh kajian Jepun yang diterbitkan dalam Eisei Kagaku, 36:5, 1990.

- Pada tahun 2002, The University of South Florida Centre for Ageing and Brain Repair mendapati bahawa Spirulina berfaedah untuk merawat penyakit Alzheimer dan Parkinson.


Aturan makan:-
Dewasa = 5-10 biji 2-3 kali sehari
Kanak-kanak = 1-4 biji 2-3 kali sehari
*2 biji sehari pagi & mlm sudah memadai..




HARGA: 
 Elken Spirulina Pouch (300T) = RM94
 Elken Spirulina  (500T) = RM161
 Elken Spirulina  (1200T) = RM363
 Elken Spirulina  (3000T) = RM729
Free pos laju ke Semanjung Malaysia..Poslaju ke Sabah dan Sarawak tambah RM4 sahaja
COD area kawasan seri kembangan/serdang/bangi

Boleh call/sms saya di 0162665222
semoga bermanfaat..