Showing posts with label InfoBaby. Show all posts
Showing posts with label InfoBaby. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

Merancang Bayi Kedua?

Salam sayang semua..

pagi ni aku nk kongsikan satu artikel dengan korang semua ..aku ceduk dari blog bidanbersalin ...

harap ianya bermanfaat ....






Merancang Bayi Kedua

Kebanyakkan ibubapa akan tertanya-tanya bilakah masa yang sesuai untuk mereka mendapatkan anak kedua dan seterusnya. Tempoh dua tahun adalah tempoh masa paling ideal bagi seseorang wanita untuk mula memikirkan tentang kehamilan sekali lagi. Hal ini berikutan tempoh berkenaan memadai untuk tubuhnya kembali pulih daripada segala kekurangan yang dialami seperti zat besi, kalsium dan sebagainya.

Perlu anda maklum, kehamilan sebelum tempoh dua tahun memungkinkan anda menghadapi pelbagai masalah seperti anemia, sakit belakang, gigi cepat rosak dan lain-lain lagi. Hal ini bakal terjadi kerana tubuh belum bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menghadapi satu lagi kandungan.

Malah, anak pertama mungkin masih kecil dan atau menyusu susu ibu. Apabila hamil lagi, anda perlu menguruskan dia. Pada masa yang sama perlu membahagikan kudrat yang ada untuk tanggung jawab terhadap suami, rumahtangga, kerjaya dan lain-lain hal. Ini termasuklah menjaga kandungan dengan sebaik-baiknya. Sekiranya, anak itu berusia 2 tahun ke atas, sudah tentu dia sudah bercerai susu dan lebih berdikari. Jadi, bebanan yang anda perlu tanggung tidak begitu erat jika hamil lagi.

Walau bagaimanapun, jika ditakdirkan anda hamil awal daripada tempoh yang disarankan, langkah penting untuk anda lakukan ialah memastikan paras Hb mencukupi. Sama juga halnya dengan kalsium. Antara lain, lakukan pemeriksaan gigi dan sentiasa menjaga postur badan. Hal ini amat mustahak untuk diteliti agar dapat mengelakkan sebarang komplikasi yang mungkin boleh terjadi semasa hamil.


Bagi yang pernah hamil secara caesarean, usah bimbang. Anda sudah mula boleh memikirkan soal kehamilan kedua selepas dua tahun kelahiran anak pertama. Selepas tempoh dua tahun tempat jahitan pembedahan diyakini sudah sembuh.

Anda juga boleh menimbang untuk cuba bersalin secara normal. Namun, keputusan yang bakal diputuskan oleh doktor perlu bergantung kepda faktor komplikasi sewaktu proses pelahiran yang dihadapi sebelum ini. Lazimnya, masalah yang biasa dihadapi ialah komplikasi bayi besar. Jika ini penyebabnya, perlu anda tahu bahawa bayi kedua mungkin bersaiz besar lalu memungkinkan anda untuk bersalin secara caesarean sekali lagi.


Sebelum Hamil

1- Pastikan Hb optimum. Jika mengalami anemia, makan ubat untuk mengatasinya.

2- Makan asid folik 400mcg sekurang-kurangnya sebelum rancang hamil bagi mengelakkan kecacatan bayi seperti bibir sumbing dan spina bifida.

3- Jumpa doktor terlebih dahulu jika menghidap penyakit tertentu agar semuanya terkawal.

4- Jika darah tinggi, perlu ambil ubat tertentu. Perlu tahu, ubat semasa dan sebelum hamil adalah berbeza.

5- Kalau kencing manis, ubat yang diambil sebelum hamil perlu ditukar kepada insulin.

6- Sekiranya tiriod, ambil ubat yang selamat. Doktor O&G akan pantau kehamilan anda bersama doktor biasa.

7- Jika mengalami prolapse disc, kena pastikan tulang berada pada tahap yang selamat sebelum rancang untuk hamil. Sewaktu hamil, doktor pakar tulang akan pastikan tulang belakang mampu bertahan untuk menampung kandungan.

8- Kalau sakit jantung, ada keadaan di mana membolehkan dan melarang kehamilan. Pastikan anda boleh hamil lagi atau sebaliknya. Sewaktu hamil, jantung dan buah pinggang bekerja lebih kuat jadi ia perlu sempurna untuk menghadapi kehamilan.


Selepas Hamil

1- Lakukan pap smear selepas 2 bulan kelahiran. Pastikan ketika itu anda tidak haid. Seterusnya ujian yang sama perlu disusuli 1 atau 2 tahun kemudiannya untuk memastikan pangkal rahim kekal sihat.

2- Minta nasihat doktor tentang kaedah perancang keluarga yang sesuai. Kaedah yang bakal dipilih perlu digunapakai sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 tahun.



Wednesday, April 20, 2011

Hospital Rakan Bayi dan Breasfeeding kat TV3??


Salam ceria semua...

Malam tadi mata ku terpana pada satu kempen kat TV3...

cuba teka ape dia..???

Hepi sangat sbb kerajaan dah mula buat..harap nyer berterusan...iaitu...


Kempen Hospital Rakan Bayi dan Penyusuan Susu Ibu di TV3...


Tv lain aku tak sure..kira mlm tadi 1st time ler aku tengok..ke dh lama sbnr nye dan aku tak perasan..hehehe

rasanya dari Kementerian Kesihatan Malaysia..tapi tak pasti le.. 
Tapi itu semua tak penting...yg penting skrg ni..semua org akan terdedah dengan kepentingan penyusuan susu ibu untuk bayi kita..

Takdelah asyik iklan susu tepung jek..baru la adil dan kita sebagai ibu boleh buat pilihan yang terbaik untuk anak kita...

Terlalu banyak khasiat susu ibu yang org kita ni tak tau...atau dh tau tp buat2 lupa..padahal org luar sana..di oberseas semua nya sibuk nak memberikan yang terbaik untuk anak2 mereka..especially baby yg baru lahir..


kesian kat baby tau...
lahir2 je trus kasi susu tepung..dia nak gak rs susu ibu dia yg lemak manis penuh khasiat tu...nak gak rs pelukan manja dan sentuhan kasih suci ibu dia semasa menyusu...
 lain la kalo mmg ade sbb yang tak boleh dielakkan utk breasfeed baby...itu dimaafkan dan dikecualikan le.. 

Breasfeed ni mmg ler agak leceh especially utk ibu2 yg bekerja..tp akan terasa mudah bila kita ikhlas kan niat kita nak bg yg terbaik untuk bayi kita...

Semoga selepas ini lebih ramai ibu2 dan bapak2 yg sedar kepentingan dan khasiat susu ibu ni..Allah dh ciptakan makanan yg terbaik untuk bayi kita..gunakan lah sebaik nya...dan jangan membazir nikmat yang ade..
semoga bermanfaat..


Salam breasfeeding dari saya....


Monday, August 23, 2010

Kembali Stabil

Alhamdulillah....production ku dah kembali stabil...berkat kekerapan aku mengepam ikut jadual..selain tu aku perbanyakkan direct BF dgn Dhira..dan yg penting aku percaya masih ada rezeki utk Dhira...alhamdulillah berhasil..

hari tu aku dh beli dh trial pack utk nursing tea tu...tap tak try lagi..mungkin boleh digunakan utk masa2 akan dtg..

jadi kengkawan...kalo dah mula rasa production menurun..cepat2 ye ambik tindakan sewajarnya...percayalah...tiada istilah susu tak ada selagi ada permintaan dari baby kita..yang penting kita kena kuatkan semangat, usaha dan tawakal...sentiasa berusaha menjadi ibu yang positif..mudah2an rezeki utk anak kita semakin 'mencurah2'..insyaAllah...





Friday, August 13, 2010

Susu dah mula berkurang....

Hari ni dah masuk hari ke 3 bulan puasa..aku dah mula risau sbb susu perahan semakin berkurang...nak dapat 3oz pun susah..aku perasan sejak seminggu ni mmg hasil perahan agak kurang lumayan..stok susu utk dhira pon takde..cukup2 je pam hari ni utk esok..

Lepas bukak puasa semalam aku trus je minum air byk2..rs dahaga sgttt..hehe.. mungkin sbb terliur tgk air sirap bandung yg husband aku bancuhh..sodappp tuh..pastu aku buat rebusan air longan kering dengan harapan dapatlah ia menambah hasil perahan susu nnti..

pagi tadi aku cuba pam susu..nak tambah stok susu dhira utk hari ni..tapi agak menyedihkan..nak dpt 2 oz pon susah bonar..huhuhu...maybe aku terlalu risau kot..nampak nye aku kena betulkan balik niat aku...dan tenangkan diri..mudah2an Allah tunjukkan jalan dan permudahkan...

Dalam 2 hari ni..dhira pon dah bagi hint2 yang susu aku tak laju mcm biasa..mcm malam tadi..bila direct BF je dia akan mula memandang tepat ke mata aku dan membebel seolah2 berkata ." ibuuuu..nape susu ibu tak kuar..dhira nak minummm susuuu..dhira haus nihhh.." bila tgk mata dia yg memandang aku sebegitu..aku jd serba salah..huhu..aku pon pujuk dia supaya hisap je..lama la jugak dia menunggu..akhirnya aku dpt rasakan breast aku dipenuhi susu..hehehe..apa lagi..dhira pon hisap la sepuasnya langsung tak hiraukan org sekeliling..sampai tertidur kat pangkuan ku..nampak sgt dia haus..cian ank ibu..sabar ye..ibu akan usahakan..insyaAllah..

So plan aku skrg aku nk kerapkan pam..siang dan malam untuk stimulate balik penghasilan susu aku....minum air rebusan longan dan cuba ambik nursing tea mcm kat bawah ni... kat Mom'sLittleOnes ada jual..Trial pack nye RM11 saje..tgk review produk mcm ok...harap2 boleh jugak membantu aku mengharungi bulan puasa ni...


Esok nak pg beli la...nnti aku bg review yer....

Selamat Berpuasa dan Berbuka..


 “Ya Allah, aku ingin menyusukan anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.

Amin Ya Rabbal Alamin...





Wednesday, June 16, 2010

Makanan Pertama Bayi...

Salam semua...
Aku jumpe artikel ni kat berita harian...nak kongsikan bersama korang...
sebagai info bersama..jom baca!!


Permata Hati: Makanan pertama bayi
Oleh Siti Nur Almizan Aripin

2010/04/27
Elak beri sajian pejal sebelum usia lebih enam bulan

SEORANG rakan menceritakan gelagat bayi lelakinya berusia lima bulan yang sering menangis seolah-olah kelaparan. Namun katanya, dia teringat pesan ibunya yang menegahnya menyuap makanan sebarangan kecuali bubur nasi bercampur kentang, itu pun bubur dikisar dan direneh sehingga benar-benar halus selepas bayinya mencapai usia enam bulan.
Tidak bertanya lanjut, rakan penulis hanya berdiam diri tapi sesekali dia memberikan bayinya nestum di luar pengetahuan ibunya.
Selepas beberapa ketika, dia mendapat maklumat daripada portal keibubapaan yang memberitahu bahawa tiada istilah tidak cukup susu atau kelaparan untuk anak kecil berusia kurang enam bulan jika diberikan di dalam sukatan serta masa tertentu, lebih-lebih lagi jika anak itu menyusu badan.

Menurut maklumat itu lagi, susu ibu terutama mengandungi cukup nutrien dan vitamin yang diperlukan seorang bayi tanpa perlu ditambah khasiat daripada sumber lain waima buah-buahan atau sayur-sayuran.

Berdasarkan pembacaannya juga, ada kajian menyatakan bahawa pada ketika bayi berusia enam bulan barulah tubuhnya berkemampuan membina bakteria pelindung yang turut membantu sistem penghadaman memproses makanan pejal.

Kini, barulah dia sedar mengapa orang tua banyak pantang larang. Kesimpulannya, elakkan daripada menyuap bayi anda makanan pejal sebelum usianya melebihi enam bulan bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini kepada si kecil di kemudian hari.
Pada peringkat permulaan mengenalkan bayi dengan makanan pejal, bubur nasi atau makanan yang dikisar halus adalah digalakkan. Kuantiti boleh ditambah sedikit demi sedikit bersesuaian usia si kecil.

Seperti yang penulis perhatikan, setiap kali pulang ke kampung, cucunya yang kecil akan berpeluang menikmati bubur nasi yang dimasak bersama kentang serta lobak merah, kemudian ketika direneh, daging segar yang dibeli Tok Wannya dari pasar tani dipotong halus dan dimasak bersama bubur. Kata ibu mentua, manis daging sebagai penambah rasa kerana bayi kecil tidak boleh mengambil gula atau garam.

Seronok juga Jauna, sesekali bubur nestum bertukar bubur nasi bercampur sayuran dan daging segar. Dan itu juga sebaik-baiknya untuk anak kecil berbanding makanan daripada pek segera.

Tapi, setahu penulis, ada juga ibu yang tidak menyuap bayinya makanan lain selain bubur nasi dan susu walau selepas anaknya berusia hampir setahun. Kata ibu penulis, tubuh anak yang tidak disuap makanan pejal berbeza berbanding anak kecil lain di mana mereka akan kelihatan lembik.

INFO: Carta pemakanan si kecil

# Enam bulan
Tekstur makanan : halus
Minuman: susu
Makanan: Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam, lobak merah dan mangga
Elakkan: Garam, gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur, cili dan kekacang

# Tujuh bulan
Tekstur makanan: Halus tapi sedikit kasar berbanding pada usia enam bulan
Minuman: Susu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5)
Makanan: Buah, sayur, gandum, telur kuning dan mentega kacang
Elakkan: Susu lembu segar, cili, garam, gula, telur putih, ikan dalam tin dan organ dalaman haiwan

# Lapan hingga 12 bulan
Tekstur makanan : lenyek/kisar/cincang
Minuman: Susu ibu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5)
Makanan: Buah, sayur, ikan, daging, produk tenusu dan telur kuning
Elakkan: Telur putih, cili, kerang-kerangan, gula, organ dalaman dan lemak

# 12 hingga 18 bulan
Tekstur makanan : cincang
Minuman: Susu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5)
Makanan: Sama seperti keperluan ahli keluarga yang lain
Perlu dielakkan: Telur mentah, cili dan kerang-kerangan.