Showing posts with label Aku dan Dia.... Show all posts
Showing posts with label Aku dan Dia.... Show all posts

Monday, June 27, 2011

Pengalaman Tayar Keta Pancit

salam ceria semua..

Untuk pertama kali nya dalam hidup aku..tayar keta pancit..
fuhhh...
nasib baik hubby ade masa tu..nasib baik sungguh..
alhamdulillah..kalo tak tak tau la nk buat camne..
dia pon cuma penah tolong2 je buat keta org pancit..keta sendiri pon xpernah..hahaha

sehari sebelum kejadian mmg aku la yg bawak keta tu..hubby ade trip ngn opismates dia..
hari tu bwk keta mmg tayar dh rasa lain ..instinct pun kata tayar nak pancit nih..siap berenti cek tayar lagik..tp still ok sampai la hari kejadian..

kira susah jugakla kan kalo takdek peralatan mencukupi nak bukak n pasang tayar ..
spanar utk bukak nat skru ,
jek (betul ke ejaan nih) keta ..
tayar spare yg cukup angin..
apa lagi yer...
hmm..yg ni penting gakk
TENAGA yang kuat...
kalo aku rasa cam tak bergerak je nat skru tuh...hehehe

Pakai Jek cikai je...


nasib baik ade payung..bolehla payungkan..



Tayar pancit betul2 kat depan Maeps ni haa..


ade la dlm 30 minit gtu..baru settle..
nasib baik ade dia...
time kasih sayang..hehe..


Thursday, May 19, 2011

Salahkah Wanita Bila Tak tahu Memasak?

Salam sejahtera dan ceria semua...

hari ni aku saje je nak kongsi kan artikel ini bersama...semua org termasuk lelaki kena tau dan baca mende nih....


Salahkah bila wanita tak tahu memasak?? 

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

So camne? apa komen korang? wanita kena tahu masak takk?
Bagi aku mmg wanita kena tahu memasakk..selain jimat memasak ni kdg2 menyeronokkan..lebih2 lagi kalo masak sedap..kalo mmg tau tak reti masak tu ..belajar la..kursus ngn mak ke or pg kelas2 memasak....(peringatan untuk diriku dan dirimu jua..hahha)

dan yang paling penting ianya mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan anak-anak....lagi berkat makan dari air tangan ibu...heehe

namun begitu suami juga jgn lupa tanggungjawab menjadi imam bagi keluarga anda..setiap isteri perlukan kasih sayang dan bimbingan..kalo tak tau belajar laa....jgn malu utk belajar...selagi hayat dikandung badan mmg kita dituntut untuk belajar meningkatkan ilmu didada...buang ego tu jauh2...mudah2an kita semua beroleh keberkatan dunia dan akhirat..

Sumber artikel dari : iluvislam.com


p/s aku kalo penat sgt mmg tak masak...huhuhu...


Thursday, April 28, 2011

26 April 2011 >>> 3rd Anniversary

From Mr. Google

Salam ceria semua...
pejam celik pejam celik...rupe nye dah 3 tahun kami bersama..menjadi pasangan suami isteri yang sah dan juga dah setahun 4 bulan hidup bersama  dengan
buah hati pengarang jantung kami..

Wan Nadhira Insyirah...
namun..setiap detik dan saat itu aku rasakan terlalu pantas...sampai ada masa nya aku rasa tak mampu nak kejar dan bersaing...

atau 

adakah aku yang terlalu lambat @M.A.L.A.S bergerak dan bertindak dalam menjalani hidup ini??? 

sila jawab sendiri yer..hehehe


hmmm...mungkin skrg adalah masa yg terbaik dan paling sesuai utk muhasabah diri aku..diri kami berdua ..dan merancang balik masa depan kami..

byk perkara yang perlu kami perbaiki dan atasi...

MaSa UnTuk BeRtInDaK!!!!!! 




semoga Allah merahmati kehidupan dan memudahkan segala perancangan kami...

dan

mudah2an jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat...

aaaminnn ya rabbal alamin.. 




Khas untuk suami ku ... ibu  S.A.Y.A.N.G  ayah





Monday, April 26, 2010

26 April 2010 -->>My 2nd Annyversary...


Hari ni geraplah 2 tahun usia perkahwinan ku bersama suami tersayang..

Tapi pagi tadi boleh plak aku terlupa..hehehhe.
Lepas je hantar Dhira ke umah pengasuhnya..on da way ke opis..dalam kereta...tiba2 je dia nak salam ngan aku..n tiba2 dia wish kat aku..'Selamat menyambut Annyversary yang ke berapa..kedua.." dengan muka yg sedikit kecewa..aku pun sambut tangan nya sambil berkata" alamak lupe la yang..dah tanda dah dalam buku..hari tu ingat dah..tp bila sampai tarikh nye ..lupe lak"..adusss..boleh plak lupe mende2 penting gini..nasib baik somi ingat, kalo lupe jugak??hehehe..

Aku nak putar balik jam randik kejap..patah balik ke zaman2 dulu..imbas balik suka duka onak duri dan ranjau yang kita hadapi bersama..terlalu banyak..sume nye menguji jiwa dan semangat kita ..menguji mental dan fizikal kita..meguji kasih sayang dan ikatan antara kita..tapi biar aku imbas dalam kepala ku ini saja...

Aku hanya mampu berdoa dan berusaha...Semoga perjalanan hidup kita sekeluarga akan mendapat rahmat dan keberkatan dariNya..bertambah makmur dan bertambah ahlinya..berkekalan hingga ke akhir hayat...sampai ke syurga..insyaAllah...

aaminnnnnnn

Kepada My Beloved Hubby...Aku sayang padamu...sayang banget...owez..

Mula berkenalan Ogos 1999..
Declare - 26 February 2000
Bertunang - 9 Ogos 2007 (kalo tak silap la..)
Berkahwin - 26 April 2008
Anak - Wan Nadhira Insyirah (17 Dis 2009)

Next bila?..hehehe...tunggu..

Daisypath Anniversary tickers