Showing posts with label kami. Show all posts
Showing posts with label kami. Show all posts

Friday, July 1, 2011

Perkembangan selepas fobia...

Salam semua...

aku nk update pasal dhira selepas 4 hari dihantar ke rumah pengasuh...

yer la kan..bila aku rasakan kelainan pada sikap dia ..dan instinct aku pun dh lain mcm je..
cepat2 aku carik org lain..xmo dh hantar ke taska tuh.

baca SINI untuk entry blm nih..




1st day kat umah pengasuh..dia masih gak meraung2 nangis2 dan sebut taknak2...
mcm biasala kan..mcm kat taska tu gakk..
kat umah pengasuh tu ade baby 8 bulan, dan anak pengasuh umur 6 tahun..

 tghri tu aku dtg saje nk tgk dia..tgh main ngn anak pengasuh..
dhira panggil dia "abang"..yg baby lak tgh tdoo..
senang la ckit ati aku nengok.

akan tetapi.. bila baby bangun tdoo je..trus mood dia jd lain..
sebut taknak2 balik ..pastu nangis pegang aku ..
pengasuh pun ckp kalo dia tgk baby tu mesti dia nangis..

baby tu tgh excited nak berdiri..so dia pg la ke aku..nk pegang aku so dia leh berdiri..
yg dhira lak tgk je baby tu ke arah dia..dh jerit2 taknak2..nangis..kuat lak tuh..mcm takutkan sesuatu..hmmm..

2nd & 3rd day pon sama..kalo dgn abang ok je dia..boleh la nak main2..muke time ambik epi jekk..tp bila tgk baby mmg dia akan jerit2 taknak..
hehhehe ..
sungguh2 dia nangis..

kakak tu pun bgtau aku mesti ade budak yg suke kacau dia kat taska nih..hmm..aku pun terpk mende yg sama...kalau tak takkan camni..
b4 tis kalo baby ok je dia pegang...atleast tengok la kan..tp tak pernah lak nangis mcm ni..

itu blum cerita kat umah lg...tdo malam mmg asyik mengigau la..dlm 6-7 kali bangun mlm..nangis2 kata taknak2..mmg tdo asyik terganggu la...kesian tau..tak tau apa yg dia rasa masa tu...

dh hantar 3 kali ni kurang la ckit nangis mlm2..kalo dulu 6-7 kali..skrg 1-3 kali saja..
hantar pg2  dia nangis gak tp kejap je..
pastu dgn baby dia dh tak nangis dh ..

 alhamdulillah..perkembangan yang baik..

cuma dia tak suke dekat2 ngn baby...masih takut lg agak nyer..kalo baby dekat je dia dh standby angkat tangan..
hepp hepp katanya..

hehehe..cian baby..

yg pasti skrg ni dia semakin hepi...kat umah mood pon okla..
tak mcm dulu asyik nak dukung je..nk berkepit je..

harap2 anak ibu semakin kuat dan sihat...makin ceria...
xmo takut2 lg....xmo nangis2 lg yer..

perasaan aku?..legaa sgt.. 

harap2 dhira dpt sesuaikan diri dan gembira di sana..


 saaaaaayangggg dhira...muah muah muah!!


p/s  ade ke anak org lain yg kena cam dhira ni ekk? fobiaaaaa...



Thursday, June 30, 2011

Merancang Bayi Kedua?

Salam sayang semua..

pagi ni aku nk kongsikan satu artikel dengan korang semua ..aku ceduk dari blog bidanbersalin ...

harap ianya bermanfaat ....






Merancang Bayi Kedua

Kebanyakkan ibubapa akan tertanya-tanya bilakah masa yang sesuai untuk mereka mendapatkan anak kedua dan seterusnya. Tempoh dua tahun adalah tempoh masa paling ideal bagi seseorang wanita untuk mula memikirkan tentang kehamilan sekali lagi. Hal ini berikutan tempoh berkenaan memadai untuk tubuhnya kembali pulih daripada segala kekurangan yang dialami seperti zat besi, kalsium dan sebagainya.

Perlu anda maklum, kehamilan sebelum tempoh dua tahun memungkinkan anda menghadapi pelbagai masalah seperti anemia, sakit belakang, gigi cepat rosak dan lain-lain lagi. Hal ini bakal terjadi kerana tubuh belum bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menghadapi satu lagi kandungan.

Malah, anak pertama mungkin masih kecil dan atau menyusu susu ibu. Apabila hamil lagi, anda perlu menguruskan dia. Pada masa yang sama perlu membahagikan kudrat yang ada untuk tanggung jawab terhadap suami, rumahtangga, kerjaya dan lain-lain hal. Ini termasuklah menjaga kandungan dengan sebaik-baiknya. Sekiranya, anak itu berusia 2 tahun ke atas, sudah tentu dia sudah bercerai susu dan lebih berdikari. Jadi, bebanan yang anda perlu tanggung tidak begitu erat jika hamil lagi.

Walau bagaimanapun, jika ditakdirkan anda hamil awal daripada tempoh yang disarankan, langkah penting untuk anda lakukan ialah memastikan paras Hb mencukupi. Sama juga halnya dengan kalsium. Antara lain, lakukan pemeriksaan gigi dan sentiasa menjaga postur badan. Hal ini amat mustahak untuk diteliti agar dapat mengelakkan sebarang komplikasi yang mungkin boleh terjadi semasa hamil.


Bagi yang pernah hamil secara caesarean, usah bimbang. Anda sudah mula boleh memikirkan soal kehamilan kedua selepas dua tahun kelahiran anak pertama. Selepas tempoh dua tahun tempat jahitan pembedahan diyakini sudah sembuh.

Anda juga boleh menimbang untuk cuba bersalin secara normal. Namun, keputusan yang bakal diputuskan oleh doktor perlu bergantung kepda faktor komplikasi sewaktu proses pelahiran yang dihadapi sebelum ini. Lazimnya, masalah yang biasa dihadapi ialah komplikasi bayi besar. Jika ini penyebabnya, perlu anda tahu bahawa bayi kedua mungkin bersaiz besar lalu memungkinkan anda untuk bersalin secara caesarean sekali lagi.


Sebelum Hamil

1- Pastikan Hb optimum. Jika mengalami anemia, makan ubat untuk mengatasinya.

2- Makan asid folik 400mcg sekurang-kurangnya sebelum rancang hamil bagi mengelakkan kecacatan bayi seperti bibir sumbing dan spina bifida.

3- Jumpa doktor terlebih dahulu jika menghidap penyakit tertentu agar semuanya terkawal.

4- Jika darah tinggi, perlu ambil ubat tertentu. Perlu tahu, ubat semasa dan sebelum hamil adalah berbeza.

5- Kalau kencing manis, ubat yang diambil sebelum hamil perlu ditukar kepada insulin.

6- Sekiranya tiriod, ambil ubat yang selamat. Doktor O&G akan pantau kehamilan anda bersama doktor biasa.

7- Jika mengalami prolapse disc, kena pastikan tulang berada pada tahap yang selamat sebelum rancang untuk hamil. Sewaktu hamil, doktor pakar tulang akan pastikan tulang belakang mampu bertahan untuk menampung kandungan.

8- Kalau sakit jantung, ada keadaan di mana membolehkan dan melarang kehamilan. Pastikan anda boleh hamil lagi atau sebaliknya. Sewaktu hamil, jantung dan buah pinggang bekerja lebih kuat jadi ia perlu sempurna untuk menghadapi kehamilan.


Selepas Hamil

1- Lakukan pap smear selepas 2 bulan kelahiran. Pastikan ketika itu anda tidak haid. Seterusnya ujian yang sama perlu disusuli 1 atau 2 tahun kemudiannya untuk memastikan pangkal rahim kekal sihat.

2- Minta nasihat doktor tentang kaedah perancang keluarga yang sesuai. Kaedah yang bakal dipilih perlu digunapakai sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 tahun.



Monday, June 27, 2011

Pengalaman Tayar Keta Pancit

salam ceria semua..

Untuk pertama kali nya dalam hidup aku..tayar keta pancit..
fuhhh...
nasib baik hubby ade masa tu..nasib baik sungguh..
alhamdulillah..kalo tak tak tau la nk buat camne..
dia pon cuma penah tolong2 je buat keta org pancit..keta sendiri pon xpernah..hahaha

sehari sebelum kejadian mmg aku la yg bawak keta tu..hubby ade trip ngn opismates dia..
hari tu bwk keta mmg tayar dh rasa lain ..instinct pun kata tayar nak pancit nih..siap berenti cek tayar lagik..tp still ok sampai la hari kejadian..

kira susah jugakla kan kalo takdek peralatan mencukupi nak bukak n pasang tayar ..
spanar utk bukak nat skru ,
jek (betul ke ejaan nih) keta ..
tayar spare yg cukup angin..
apa lagi yer...
hmm..yg ni penting gakk
TENAGA yang kuat...
kalo aku rasa cam tak bergerak je nat skru tuh...hehehe

Pakai Jek cikai je...


nasib baik ade payung..bolehla payungkan..



Tayar pancit betul2 kat depan Maeps ni haa..


ade la dlm 30 minit gtu..baru settle..
nasib baik ade dia...
time kasih sayang..hehe..


Friday, May 20, 2011

Gelagat Terkini Nadhira...


Salam ceria semua...

hari ni ibu nak hapdet ckit pasal anak dara ibu nih...nadhira..skrg dh umur 1 tahun 5 bulan..dah beso dah..walaupun badan comel jek..

tgk la gelagat nadhira tu..kita layan yerr..


Sibuk mencuba kasut yang ibu baru beli...

kasut ayah pon jadi mangsa...siap tertonggeng2 lagi tuh...

belek2 kasut..

Masa ni kat jusco..dia pon ikut menyopping gakk..belek2 kain baju...huhuhu..

nak gak pakai mende ni..

epii pakai mende alah tu...

comel kan anak ibu...hehehe


Dah beso nnti belajar rajin2 yer..jadi anak yang berguna dan solehah..pandai jaga diri dan jgn lupe ibu n ayah..

ibu sayang dhira...muah muah muah!!!


Thursday, April 28, 2011

26 April 2011 >>> 3rd Anniversary

From Mr. Google

Salam ceria semua...
pejam celik pejam celik...rupe nye dah 3 tahun kami bersama..menjadi pasangan suami isteri yang sah dan juga dah setahun 4 bulan hidup bersama  dengan
buah hati pengarang jantung kami..

Wan Nadhira Insyirah...
namun..setiap detik dan saat itu aku rasakan terlalu pantas...sampai ada masa nya aku rasa tak mampu nak kejar dan bersaing...

atau 

adakah aku yang terlalu lambat @M.A.L.A.S bergerak dan bertindak dalam menjalani hidup ini??? 

sila jawab sendiri yer..hehehe


hmmm...mungkin skrg adalah masa yg terbaik dan paling sesuai utk muhasabah diri aku..diri kami berdua ..dan merancang balik masa depan kami..

byk perkara yang perlu kami perbaiki dan atasi...

MaSa UnTuk BeRtInDaK!!!!!! 




semoga Allah merahmati kehidupan dan memudahkan segala perancangan kami...

dan

mudah2an jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat...

aaaminnn ya rabbal alamin.. 




Khas untuk suami ku ... ibu  S.A.Y.A.N.G  ayah





Monday, August 2, 2010

Aksi dhira & ayah

Ibu sempat merakam aksi nih...suke sgt..manjaaa..









Yang ni plak ayah dhira nye keje...hehehe..






Akhir nye dia rimas...