Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

Vanilla Muffin ala ala Kenny Rogers..


Salam ceria semua..

hari ni aku nak kongsikan..satu resipi muffin vanila..
yang sedapp dan menjadi..mudah je membuat nyer..

tak perlukan mixer dan bahan nyer mudah utk disediakan..

aku ceduk resipi nyer dari blog nih..
tapi aku tak letak cheese..stok takde dlm freezer..hehe
guna ape yg ade je..

ok..jom layan..

baru masuk oven..


Muffin dah mula mengembangkan diri..


 saat ni..bau nyer sungguh mengancam..tak cayer terai la buat..





Taraaa dah siappp..


makan fresh dari ovenn lagi...
fuhhh sedappp...ala ala kenny rogers..

satu adunan dapat hasilkan 36 biji..kira okla..berbaloi2..
ikut je resipi dibawah...
gerenti jadik!!


 Ini resipi nyer:


Resipi Muffin Vanilla Cheese


BAHAN A
  • 4 cawan tepung( saya guna tepung naik sendiri)
  • 2 cawan gula(saya guna 11/2 cwn saja)
  • 4 tbsp baking powder 
BAHAN B

  • 1 tsp garam
  • 2 biji telur
  • 1 tbsp esen vanilla 
  • 8 tbsp mentega dicairkan
  • 2 cawan susu segar (saya guna brand Dutch Lady)

Bahan2 tambahan

  • *untuk hiasan dan inti ditengah2...keju cheddar yang telah diparut

Cara-Cara

1.Gaulkan kesemua bahan A hingga sebati.(Ayakkan tepung bersama baking powder sekurang2nya 3 kali, supaya sebati)
2.Satukan kesemua Bahan B.
3.masukkan bahan B kedalam bahan A. Jangan terlalu lama mengaul bahan2 tersebut.
4.Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
5.Bakar selama 20minit/180C.



ok kengkawan apa tunggu lagi..jom try resipi ni..



Tuesday, July 12, 2011

Portugese Egg Tart

Salam semua...

Hujung minggu baru ni ..teringin sgt nak makan portugese egg tart..
mmg sukee sgt ...
slalu nyer mmg beli kat bakery la kan...kat mana lagi..
tp kali ni nk try buat sendiri..
ikut resipi yang aku ceduk dari myresipi.com ..
sedappppp...
ramai yg buat menjadi..tp aku punyer pastry hangus ckitt..hehehe
mungkin kena turun kan ckit suhu oven kut ..

kena cuba buat lagi sampai jadikk...nnti aku update ok... 


jom layan..


Dah masuk oven..

Masa ni bau dah semerbak dah..fuhh..
 
fresh from my oven..panas2 lagik..yg hangus kat tepi2 tu abaikan yer...hehehe

close up..

Tengokk...dhira pon suke..

nyum nyum nyum...bu ..nak lagi...

babai...
yang besh nyer...mudah dan cepat je nk buat mende ni...
kos pun takde la mahal sgt..
bolehla bekalkan utk dhira kat umah pengasuh..mesti dia suke..
hehehe..

jom kengkawan..cuba resipi ni yerr..



resipi nyer:-  

Bahan-bahan ( 6 biji )
  • 1 keping Puff Pastry
  • *Bahan-bahan A*
  • 1/4 cawan Gula Halus
  • 1/4 cawan Susu Cair atau Susu Segar
  • 1/4 cawan Whipping Cream
  • 3 biji Telur Kuning
  • 1/4 sudu kecil Vanilla Extract  
Cara - Cara
  1. Panaskan oven, 200ÂșC.
  2. Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk dan pukul sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.
  3. Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu.
  4. Masukkan puff pastry yg dipotong ke dalam tin muffin.
  5. Isilkan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh.
  6. Bakar selama 20 minit. Biar sejuk dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan.



Monday, July 4, 2011

Kek Lumut

Salam penuh keceriaan untuk semua...

Jumaat lepas.. 
aku sempat buat kek kukus traditional Bumi Kenyalang ni..
kat mana lagi kalo bukan tempat tanah tumpah darah ku...

nama kek ni..Kek Lumut..rupe dia mmg simple..biasa2 je..
tp kalo korang dh rasa skali kompemmm nak lagi..

resipi nyer aku cedok dari blog dayangjack ..


baru keluar dari pengukus..



dah kemaskan tepi kek...



Bahan-bahan : Loyang 9” x 9”
  • 1 ½ gelas tepung gandum (diayak)
  • 8 biji telur A
  • 450 gm mentega Golden Churn
  • 1 gelas gula halus (kisar halus lagi jika suka)
  • 200 gm horlicks
  • Pewarna hijau (Star Brand) - dayang gantikan dgn pes pandan Cap Kopoe-Kopoe
  • 1 tin kecil Seri Kaya
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering)


    siap untuk dimakannn..yummyyy!!!



    Aku guna resipi kat bawah nih & pakai loyang 8" x8"..sbbnyer takde loyang lg kecik..hasil nyer tetap beshh...sedapppp..

    Bahan-bahan untuk 1/2 adunan : loyang 7 " x 7 "
    • 1 cawan tepung gandum (diayak)
    • 1 cawan horlicks
    • 3/4 cawan gula halus
    • 250 g mentega (aku guna butter churn)
    • 4 biji telur A
    • pewarna hijau secukupnya (kalo nk kaler yg cantek pakai pandan paste 1 sb)
    • 4 sudu besar seri kaya
    • 1/4 cawan susu pekat manis
    • 1 sk esen vanilla
    Cara-cara : sama seperti atas. Cuma masa mengukus ialah 2 jam 30 minit.

    Tips dari aku: kurangkan gula bagi yg tak suke manis2...