Friday, December 30, 2011

PAVLOVA | akhirnya...

 Assalamualaikum semua...

dah hampir ke penghujung 2011 rupanya...

sebagai penutup 2011 sempat jugak aku membaking...
Pavlova ..desert yang digilai ramai ni..

sebenarnya kan..ini percubaan kedua saya..
alhamdulillah..
akhirnya berjaya jugakk..hehhe

Apa Rasa nya?

hmm...mmg sedappp..mmg tak akan keciwa punya..
 masuk mulut je kompem nak lagi..

hehehe..jom layannn..





2 layer of Pavlova









ZOOMMMM..



Resipi saya sertakan sekali..sape2 yang rajin nak buat tu boleh cuba resipi nih ..
Resipi asal dari Joyofbaking..


PAVLOVA

Bhn2
2 biji telor putih
1 cwn gula caster ( IB boh 1/2 cwn je utk kurang kan manis)
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka
1/2 sudu besar tepung jagung

Cara2:
1. Pukul putih telur dengan kelajuan yang perlahan sehingga jadi 'soft peaks'.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul pada kelajuan yang tinggi sehingga putih berkilat (stiff peaks).
3. Masukkan esen vanila, tepung jagung dan cuka dan kacau sebati
4. Sediakan kertas minyak dan loyang. Masukkan adunan tadi.
5. Panaskan oven 150 C - 10 min
6. masukkan loyang - 10 minit pertama -150 C, Turunkan suhu kepada 140 C dan bakar lagi selama 1 jam.
7. Tanda dah masak - meringue bertukar warna menjadi coklat muda, luar garing tetapi dalam lembut macam marshmallow.
8. Dah masak, biar dalam oven dulu. Buka pintu oven sedikit. biarkan sejuk sekejap.


Bahan Topping:
1 cwn whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus ( IB tak letak)
1/2 sudu teh esen vanila (IB tak letak)

Cara2:
1. Pukul whipping cream hingga kental
2. Masukkan gula+ esen vanila
3. Sedia utk diguna. Boleh jugak dibuat awl dan simpan peti dalam piping bag or plastik.

selamat mencuba


ok..sape2 yang  nak tempah boleh juga order kat saya yer ~ sila hubungi talian 0162665222..




Thursday, December 22, 2011

All Black Theme | Tiramisu


Salam ceria semua...

Sambutan hari lahir datang lagiiii...
pejam celik pejam celik dah sampai ke penghujung tahun..
jadi nyer ini adalah sambutan yang terakhir utk tahun ini..


Kali ini besday k.Doly plak..
dengan tema all black...
lokasi @ A&W Jusco Equine Park...


tak nak cite panjang...
jom layannn!!!



T.I.R.A.M.I.S.U


Besday gal..



ni utk korang...


besday gal & dhira..

 
aunty fiza & Dhira


aunty nadia & Dhira



satu2 nya hero kat besday party..mr.Aqil



tersipu2 aqil duk sebelah dhira..hehe


lagi skaliii...hehe



nak wash hand..


k.doly, k.azie & niza..


Group photo Dec 2011...


 Maka berakhirlah sudah sambutan besday party utk tahun 2011 ni..

yang pasti aku akan...

merindui saat2  sibuk mencarik hadiah..
rindu nak carik baju baru utk follow the tema.
rindu nk pakai cantik2..
rindu nak makan kek yang sedap setiap bulan..
rindu nak tangkap gambar beramai2..
rindu nak makan yang sedap2 beramai2..
hehehe..
semua nya bakal dirindui..

harap2 akan ade lagi program2 sebegini pada tahun2 akan datang..
penat mmg penat..
tp seronokkk..


ok till we meet again..
bubyeee..







Wednesday, December 14, 2011

Fadhilat Shalawat Nabi


 
Mr. google

Firman Allah:

Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas Nabi Muhammad. Wahai org2 beriman hendaklah kamu semua mengucapkan selawat dan salam kepada baginda.(Surah Al-Ahzab-56)


"Allahumma salli `wasallim a'laa saiyidinaa muhammadin wa`ala ali saiyidinaa muhammad"

Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

Sabda Nabi s.a.w: Sesiapa yg berselawat keatas Nabi s.a.w sekali; Maka Allah akan berselawat kepadanya seratus kali.(Hr Muslim)

Sabda Nabi s.a.w: "Sesungguhnya Allah swt telah menciptakan malaikat yang memiliki sebuah sayap di dunia timur dan sebuah sayap lagi di dunia barat, kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah bumi yang ketujuh, padanya ada bulu sebanyak bilangan makhluk Allah swt. Lalu apabila ada seorang laki-laki atau perempuan dari umatku membaca shalawat kepadaku, memerintahlah Allah swt kepada malaikat itu untuk menyelam dalam laut dari cahaya di bawah Arasy. Malaikat itu menyelam di dalamnya kemudian keluar dan mengibaskan sayapnya. Menitislah sebuah titisan dari setiap bulu dan Allah swt menjadikan dari setiap titisan itu malaikat yang memintakan ampun padanya sampai harl kiamat".

Sabda Nabi s.a.w: Orang yg lebih baik disisiku di hari kiamat adalah org yg paling banyak selawatnya kepadaku.(Hr Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w: Hinalah orang yang tidak berselawat kepadaku ketika namuku disebut disisinya.(Hr Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w: Hari yang terbaik bagi kamu adalah hari jumaat; jadi perbanyakkan selawat pada hari tersebut. Maka sesungguhnya selawat yg kamu ucapkan akan dibentangkan kepadaku. Para sahabat bertanya "Bagaimana pula selawat kami dibentangkan kepadamu sedangkan tubuhmu sudah hancur." Beliau bersabda "Sesungguhnya bumi tidak makan jasad anbiya"(Hr Abu Daud)

FADHILAT SHALAWAT

1. Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

2. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

3. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

4. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

5. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

6. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

7. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

8. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

9. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

10. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

11. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

12. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

13. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

14. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

15. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

16. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

17. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

18. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

19. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

20. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari. 

21. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

22. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

23. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

24. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

25. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

26. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

27. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

Selamat beramal..
Wasallam.

p/s diceduk dari sini


Tuesday, December 13, 2011

MenDonut lagi


Salam semua..

kali ni aku mendonut lagi...

masih tak berapa pandai nak membentuk donut tu..
kena praktis lagi utk bagi cantekkk & try topping glaze yang lain..

jom layan!!


Perammm..


Donut with Chocholate Rice


Donut bulat..


Pandangan sisi..

Mudah je buat donut ni..
lagi2 kalo ade breadmaker (BM)..masuk2 je semua bahan dlm BM, 
biar je dia wat keje dia & kita leh buat keje lain..pas 1 1/2 jam dah boleh gentel2 & tekap donut tu...tunggu 20-30 minit..boleh goreng..dah siappp!!!



Resipi Donut boleh refer kat sini.






Roti Jala

Salam ceriaaaa semua..
hari ni bekfes roti jala ..
semalam pon roti jala jugakkk..
lama2 muke pon cam roti jala.. 
hehehe..
jom makan!!!




Antara peberet makanan aku..


Resipi Roti Jala


1 kg tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit/pewarna kuning
air secukupnya (pandai2 adjust yer ~ tak cair sgt & tak pekat sgt)
minyak 1/2 cawan


Cara:
1. Masuk semua bahan kering dalam bekas dan gaul sebati menggunakan whisk.
2. masuk air secukupnya ( ni kena adjust sendiri ~ adunan nyer cair ckit dari aduan lempeng)
3. masuk minyak..gaul sebati
4. blend


.............................................................




Resipi Kari Ayam


Blend:
1 biji besar bawang merah
2 biji bawang putih
1 1/2 inci halia


Rempah Tumis:
Bunga lawang
cengkih
bunga pelaga


1 peket serbuk kari (boleh tambah kalo nak kari lagi pekat) ~ tambah air & buat mcm pes



2 keping dada ayam (potong dadu)
2 biji kentang (potong dadu)
1 cawan santan


 lebih kurang 1.5 liter Air
Daun kari
Asam keping


Garam
Gula



Cara:
1. Tumis bawang yang sudah diblend bersama rempah tumis.
2. Bila kekuningan, masukkan pes kari - biar sehingga agak garing ckit (kacau selalu takut hangus.
3. Masukkan air (adjust nak pekat/cair)
4. Masukkan kentang dan ayam
5. Bila kentang dh hampir empuk, masukkan santan, garam, gula dan asam keping
6. Kacau sebati dan biar sampai pecah minyak
7. Tutup api & hidangkan bersama roti jala..








Friday, December 2, 2011

Donut sedappp..yummy!!

Semalam sempat jugak aku men'donut'...
Balik keje jer tak sbr nak buat..
hehhee..
bukannyer ape..
dah teringin sgt dah..


Ini kali ke dua aku mencuba buat donut sendiri..
1st time cuba tak menjadi..aku guna resipi lain..

tp kali ni mmg puas ati ler..
rasa donut nyer lembut & gebu je..
tetap lembut sampai ke petang..

aku mencuba resipi dari Rima
for sure ramai yg kenal dia kan..
hehehe.
nway thanks rima coz sudi kongsi resipi2 yg besh & sedap..

jom layannnn...
(sila abaikan rupa donut ku yer!! huhuhu)
















Ingredients
(A)
500g high protein flour - bread flour
100g sugar
11g instant yeast
4 egg yolks
200 ml water

(B)
100g butter / margarine
1 tsp salt

200g White Cooking Chocolate - melted
100g Almond Slice - roastrd

Method:
Stir ingredients A, knead until lumpy, add ingredients B, continue to knead until smooth elastic.
Rest dough for 10 minutes.. divide dough into several balls weighing 40g each.
Rest for a further 20 minutes.
Punch a hole through the middle, then fry until cooked. Drain. Chill.
Dip one side surface of the donut in the melted chocolate, sprinkle almond.
Place donut in fridge to harden chocolate..



My way: I dumped everything in my BM accordingly of cos.. click on ON and after one hr and 10mins my dough was done.. gave my dough a light punch and divided my dough into several balls.. let it sit for another 20mins bef punching a hold thru the middle of the donut.. fry till cook..

Cara Ibudhira: Masuk sume dlm BM..siap uli dan proving..kuarkan dr BM..tumbuk kasi kuar angin..pastu baru terap guna acuan donut setebal 1cm..then biarkan dlm 20 min kasi naik..then goreng guna minyak yg banyak..goreng kejap je..dh agak kekuningan angkat ...dh  sejuk baru hias ikut suka...

Satu adunan ni leh dpt dlm 40 pcs (size kecil) ...kira banyak jugak le..
  
Sebenarnya sy ikut cara yg Mamafami buat..tp tak jumpe lak page donut dia..Mamafami pun guna resipi yang sama gakk...resipi nih mmg kompem sedap dan lembut sgt...i like...puas ati..tp sila abaikan rupa donut ku yang comot itu yer..bab tu mmg takdek skill lagi..hehehe..