Friday, November 25, 2011

Salam Maal Hijrah | 1433H

Salam semua...

Tahun baru hijrah tiba lagi..

masih ku ingat ..
pada 2 tahun lepas....
masa ni aku sedang berjuang menahan kesakitan nak bersalin..
tapi sempat lagi baca doa awal & akhir tahun..
hehe..
tepat 11.45pm lahir lah puteri yang rupawan..
nadhira...

ok..
dh melalut..

dipendekkan cerita..
aku nk wish korang semua...
selamat menyambut tahun baru maal hijrah..
moga2 kita sama2 mendapat keampunan, rahmat dan hidayah dariNya..

moga2 jugak tahun baru ni akan membawa kejayaan untuk kita...
di dunia dan mahupun akhirat..

semoga kita semua beroleh kekuatan dariNya dalam menghadapi apa jua cabaran dan rintangan mendatang ..
tanpa jemu dan mengenal putus asa..
terus berusaha mengharungi hidup..
dan bertawakal kepada Nya..

aminnn ya rabbal alamin..


sila tekan..


'Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita.' Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (at-Taubah: 40)


Doa Awal & Akhir Tahun..







Take care semua..
jumpe lagi tahun depan!!




Wednesday, November 23, 2011

Newyork Cheesecake | Orange Theme

Salam semuaaaa..




Sambutan hari lahir datang lagi!!!


kali ni besday Hidayah plak..
dengan tema Orange...
sambutan telah diadakan di KFC Jusco Equine Park..
pada 18.11.2011




walaupun tak ramai yang dapat hadirkan diri...
tapi majlis tetap meriahhhh gtu..




jommmm..
mari kita layankan..



Newyork Cheesecake..sodapppp


Besday girl & son..

Memandangkan kali ni tak jumpe langsung supplier lighter..
maka besday girl terpakse la buat2 tiup lilin gtu..
hahhaa..




satu slice je utk korang..hehehe



senyummmm..


bersama bersday girl..


All kecuali jurugambar le..



Upacara bukak hadiah...




Antara hadiah2 nyer..




Aqil..tomei tomei tomei..


cian Aqil..demam kata nya..
kena pakse dtg besday mama dia..
hahaha


hahhaa..


memperkenalkan ~ Haziq


Kira nyer..
ni 1st time la Haziq menghadirkan diri..hehhee
suke senyum..mcm ibu dia jugak..






group foto..





tunjuk ape tu weiii?

ok..party settle..
tinggal satu lagi besday party untuk diraikan tahun nih..
so kita jumpe lagi next month..
insyaAllah...



babai..






Friday, November 18, 2011

Red Velvet | Tiramisu | Kek Ice Cream..

Salam ceriaaaaa...

Dah lama mengidam nak makan Red Velvet....
akhirnya dapat jugak merasa..
hasil  air tangan sendiri..

bukan nak memuji tapi mmg RV sedap laaaa
tak mcm kek2 yang lain..
rasa sekali nak lagi..

hehe..

last week ..
aku join kelas ni kat bangi..
satu hari suntuk membaking..
hohoho..sakit jari jemari ku...
tp mmg sungguh puas ati le..

pasni kalo ade sesaper nak makan 
RV, tiramisu or Kek Ice cream
boleh la tempah kat aku yer..

hehehehe..

mari kita layan ..




Red Velvet...



Layer dalam RV...


Ni utk korangg..sedapppnyer..



Tiramisu


Slice of Tiramisu..


Kek Ice Cream...




with homemade icecream...yummy!!







HFMD | Hand, Foot and Mouth Disease

Ape tu HFMD?

aku pasti ramai yang tak tau..
atau pun tau dan pernah dengar...
tp sbb takde kena mengena..trus tak ambik peduli..

itu lah silapnye..
dan aku pun mcm tu jugak sebelum ni..
yang kesian nye anak2 kita..

jadi aku nak ingatkan...
sebagai ibu dan bapa..kita kena prihatin terhadap apa jua perkara yang melibatkan
anak2 kita..


especially penyakit yang mudah berjangkit seperti ni...


Al kisah nyer..

 Hari jumaat 4/11..
sebelum balik raya haji baru ni..
aku perasan bdn dhira hangat2 mcm nak demam dah ..


pastu kat punggung..
abes naik merah berbiji2 dan berair..byk sgt..
aku ingatkan ruam lampin biasa...tp pelik la..sbb dia berairkan..
aku bg je la ubat sapu..


esok nye aku perasan...
mende yang sama ade kat celah2 dan bawah tapak kaki dan tangan dhira..
hmm..memula aku ingatkan campak...so siap minum air kelapa bagai le..
tp yg pelik nye dia cuma kat kaki tgn dan punggung je..


pastu lidah dia pun ade 3-4 biji ulser..adoiiii..3 hari tak nak makan dan minum..
nk makan je nangis..nak menyusu pun nangis..mulut  dia takleh nk tutup 
sakit kot..
.. air liur asyik mengalir je...kesian sgt..
jadi aku bg je la minum milo susu..ckit2 guna gelas dan straw..
ckit je dia minumm..
bab makan toksah kire la..

badan pun dh kurus balik..



Hari Ahad 6/11
Mlm tu pegi carik klinik..tp satu pun tak bukak..
yela..kat ganu ni cuti...raya aji lak tu..
frust..


Hari Isnin 7/11
Nasib baik klinik Lee bukak..
dr kata bukan campak tp HFMD..
aku pun terkejut..
dlm pada percaya dan tak percaya tu..
aku menyesal le coz tak try meng"google" sungguh2..
Yerla. ms tu kat kampung hubby..line pun tak clear sgt..huhuh..


biji2 nih mula surut pada hari ke 5..
balik KL..aku g check balik kat klinik sini..

Dr kata dh mula surut ..
mende ni takde ubat..
antibiotik pun tak berkesan gak..
yang boleh ubat sapu je..
huhuhu..
Dr kata lagi..

Sepatutnye setiap kes HFMD ni kena dilaporkan kepada kementerian..

hmm...



korang pernah alami tak?
kalo pernah..cian kan budak2..


kalo tak pernah alami dan
nak tau apa itu HFMD? jommm baca..
penting neh..










Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.


HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain. 



Tanda dan Gejala 


Ciri-ciri klinikal termasuk:

  • Demam
  • Sakit Tekak 
  •  Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  • Sakit kepala
  •  Hilang selera makan


















Komplikasi

· Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung





Rawatan

Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.

Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan. 









Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga


Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.




Pencegahan


Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan. 

  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  •  Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  •  Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  •  Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Sumber dari:
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/PenyakitKakiTangan_Mulut.php



p/s ~balik dr cuti raya baru tau..rupa2 nye budak yang pengasuh dhira jaga tu pun kena jugak...hmmmm...kena kuarantin le..










Garuda Kena Baham Harimau!!

Salam kemenangan untuk semua...


Tahniah skuad Harimau Malaya..
yang telah berjaya menewaskan Garuda dengan jaringan 1-0 mlm tadi...

Gol kemenangan dijaringkan oleh Mohd Syahrul Azwari Ibrahim di minit ke 17

 .......


Aku yakin Harimau Malaya boleh bermain 
dengan baik dan bersungguh2..
dan terbukti...
kita berjaya mengharungi selautan garuda merah...
di stadium Gelora Bung Karno mlm tadi..hehhee 


terbaikkkkkkkk!!!!



p/s Gud luck mlm esok..Malaysia vs Mynamar ..7mlm..





Monday, November 14, 2011

Doa Untuk Perbanyak SuSu Ibu..



Memberi susu ibu sendiri kepada anak adalah lebih baik daripada memberi susu tepung. Khasiat susu ibu jika berbanding susu tepung banyak kelebihannya. Ibu yang menyusukan bayinya dapat menghndarkan kanser payudara. Bagi menambahkan dan memperbanyakkan susu ibu marilah mengamalkan doa ini. Moga-moga diperbanyakkan.
 





Maksudnya:

Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)[55]. Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan.

Cara-cara mengamalnya:
  • Berdoa: “Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menurut segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN”
  • Baca Salawat Nabi dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
  • Baca Surah Al Baqarah ayat 60 dan letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak aku supaya aku mampu keluarkan susu yang cukup pada anak aku sehingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. InsyaAllah
Wasallam.


Ceduk dari Sini




Friday, November 4, 2011

Jangan Terlalu Susah Hati...

 ..........
  Pesanan buat aku & kamu..
  ..........



Mr.GooGle

 
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.



Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.




'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)





Thursday, November 3, 2011

Dhira | 1 tahun 10 bulan


Salam semua...

Dhira dah ~ 1 Tahun 10 bulan...
sungguhhhhh...
tak terasa..
waaaa..
2 bln lagi dah 2 tahunn..kejap je kan..
tak puas lagi bermain dengan baby..
huhu
dah besar dh anak aku..



ramai jugak yang tanya..
bila dhira nk dapat adik..
biasala..
soklan cepu emas kan..
aku senyum je la..
ada rezeki ade la nnti ..

insyaAllah

yang penting..
kesempatan yang ada ni..
 ibu nk jaga & sayanggg dhira puas2...
takut nnti bile dh ada adik..
tak leh la nak manje2 sgt..
tak menang tangan rs nyer..
betul tak?


 ni nk cite perkembangan dhira lak...
 ibu nk tepek kat sini..
bile besar nnti..dhira baca blog ibu..
dia akan tau ler camne dia masa kecik2 dulu..

ok jomm..



berat bdn?
~ tok sah cite la..susah sgt nak naik berat badan nyer..
asal berat sikit sakit..huhu..
tp ibu akan tetap usahakan utk naikkan berat bdn dhira..
jgn milih sgt makan tau..
susu tepung sah2 dia takmo..
susu ibu jugak tetap jd pilihan nyer..
masalah nyer kalo ibu perah boh kat botol susu pon dia xnakk...
nk direct bf gakk..aduii...gtu la dhira sejak baby lagi..kalo minum pon sikit je..setakat melepaskan dahaga..
balik rumah baru dia menyusu semahunya..
skrg ok sikit..
nak gak dia minum susu Nespray + milo sikit..
kalo susu semata2 mmg tak nak ler..
silap2 kuar ayat power dia lak..

"tak cedap.."
sambil memalingkan muka..



tinggi?
~ naik la skit2 tp tak byk..yela..mak bapak dia pun comel2 gakk kan..
takleh la espek anak beso n tinggi gtu..hehehe
tp tak jugak..
ada budak masa kecik..mmg slim kecik je..
tp bile dh besoo..
boleh tahan jugak le saiz nyer..
makan byk maa..
hehehe
cth terdekat: adik aku la tu..hahaha ( jgn maree)


bertutur?
 bab ni alhamdulillah...boleh dikatakan cepat jugak ler dhira pickup...
ms umo 1 tahun dh pandai panggil "ayah..",
1 tahun 2 bln ~"bu", "mamang", "yann","anis" ,
1 tahun 6 bln ~"ibu", "tok", "mbah"
1 tahun 8 bln ~ "tok ki", "tok chek", "mbah lanang", "mbah wedok"

skrg makin byk ckp..boleh di ajak borak2..
dah pandai marah kite..
hehehe..

 
antara ayat2 yg selalu jd sebutan nyer.. 


"jangan la ayah"
"takleh"
"pe yer" ~ ape dia 
"sayanggg ibu..sayang ayahh..
sayang mamang..sayang bikyann..
sayang anis..sayang tok..
sayang mbah.."

dia bahasakan diri dia "a-a"..
kdg dia sebut "cian a-a..cian ayah..cian ibu..
cian hana..cian abang (kawan kat umah pengasuh)..
kadang tu ade gak bebel sendiri..

kalo nk sesuatu tu..pandai lak dia ambik atii..
peluk ibu or ayah..ckp sayanngg ayah or sayangg ibu..
pastu ajak "jom jom"tunjuk kat mana nak g..
yg slalu jd mangsa ayah ler..
bab ni ayah mmg rajin melayan..

2 - 3 hari ni lak dh pandai ajak ayah & ibu masuk umah mainan dia..
"mayi cini"~mari sini ( sambil jari jemari nyer memangil kita)
kalo tak nak.. dia akan datang & tarik kita..
kena pakseeee wooo..


ok ..ini yang terkini..

tgk tak gameshow Elo Elo..
tak silap Astro Ceria kot..

nak tauu..
dhira siap buat tagline sendiri lagi..
hahaha..
 sebijikla dhira ikut..cuma ade tambah tagline sendiri kat belakang tuh..

"Elloooo Elloooooo..Kamiiiiii Datangggg"

mana tah dia dpt idea tuh..
dhira..dhira..







Rumah a-a..



Fav CIte/Kartun/Animasi?
dulu suke sgt dgn Upin Ipin..
skrg Boboiboy lak..
Spongebob pun dia suke..
..
cite bersiri ni dia layan jugak tau ~ Cuak, Zoo, Klik & Qaleesya ponnn..
kalo dengar je lagu Teman Setia yang bebudak tu nyanyi..
apa lagi..tersenyum lebarrr sambil goyang la dia..hehehe

kalo lagu upinipin & boboiboy..
tak yah cite la camne dia bergoyang...
sukeee sgt..

jgn terkejut ~ soffiya pun dia layan woo
hehehe


Bab rambut?
dalam 1-2 bln ni ..
nampak dah la..
rambut mulai tumbuh..
ibu dh mula sapu minyak kelapa dara..
alhamdulillah takde alergik mcm dulu2..
so hujung tahun ni..
leh la dhira tocang


oklah..
jom layan aksi2 dhira..


rajin anak ibu kemas umah dia..




Dhira & Ipin..






bawak Ipin lariii..







Makan drumstick...suke banget..licin sampai ke tulang...





dengan muke yang monyeng (lepas mkn ayam)...hehe


untuk anak ibu..
Wan Nadhira Insyirah..

ibu saayanggg a-a..
dah besar nanti jgn lupe ibu & ayah yer..
belajar rajin2..
jaga diri..
jaga solat..
jaga tingkahlaku..



ibu doakan ..
moga dhira menjadi anak yang solehah..
dan semoga beroleh kejayaan hidup..
di dunia mahupun di akhirat.. 


 amin ya rabbal alamin...