Friday, November 18, 2011

HFMD | Hand, Foot and Mouth Disease

Ape tu HFMD?

aku pasti ramai yang tak tau..
atau pun tau dan pernah dengar...
tp sbb takde kena mengena..trus tak ambik peduli..

itu lah silapnye..
dan aku pun mcm tu jugak sebelum ni..
yang kesian nye anak2 kita..

jadi aku nak ingatkan...
sebagai ibu dan bapa..kita kena prihatin terhadap apa jua perkara yang melibatkan
anak2 kita..


especially penyakit yang mudah berjangkit seperti ni...


Al kisah nyer..

 Hari jumaat 4/11..
sebelum balik raya haji baru ni..
aku perasan bdn dhira hangat2 mcm nak demam dah ..


pastu kat punggung..
abes naik merah berbiji2 dan berair..byk sgt..
aku ingatkan ruam lampin biasa...tp pelik la..sbb dia berairkan..
aku bg je la ubat sapu..


esok nye aku perasan...
mende yang sama ade kat celah2 dan bawah tapak kaki dan tangan dhira..
hmm..memula aku ingatkan campak...so siap minum air kelapa bagai le..
tp yg pelik nye dia cuma kat kaki tgn dan punggung je..


pastu lidah dia pun ade 3-4 biji ulser..adoiiii..3 hari tak nak makan dan minum..
nk makan je nangis..nak menyusu pun nangis..mulut  dia takleh nk tutup 
sakit kot..
.. air liur asyik mengalir je...kesian sgt..
jadi aku bg je la minum milo susu..ckit2 guna gelas dan straw..
ckit je dia minumm..
bab makan toksah kire la..

badan pun dh kurus balik..



Hari Ahad 6/11
Mlm tu pegi carik klinik..tp satu pun tak bukak..
yela..kat ganu ni cuti...raya aji lak tu..
frust..


Hari Isnin 7/11
Nasib baik klinik Lee bukak..
dr kata bukan campak tp HFMD..
aku pun terkejut..
dlm pada percaya dan tak percaya tu..
aku menyesal le coz tak try meng"google" sungguh2..
Yerla. ms tu kat kampung hubby..line pun tak clear sgt..huhuh..


biji2 nih mula surut pada hari ke 5..
balik KL..aku g check balik kat klinik sini..

Dr kata dh mula surut ..
mende ni takde ubat..
antibiotik pun tak berkesan gak..
yang boleh ubat sapu je..
huhuhu..
Dr kata lagi..

Sepatutnye setiap kes HFMD ni kena dilaporkan kepada kementerian..

hmm...



korang pernah alami tak?
kalo pernah..cian kan budak2..


kalo tak pernah alami dan
nak tau apa itu HFMD? jommm baca..
penting neh..










Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.


HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain. 



Tanda dan Gejala 


Ciri-ciri klinikal termasuk:

  • Demam
  • Sakit Tekak 
  •  Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  • Sakit kepala
  •  Hilang selera makan


















Komplikasi

· Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung





Rawatan

Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.

Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan. 









Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga


Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.




Pencegahan


Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan. 

  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  •  Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  •  Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  •  Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Sumber dari:
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/PenyakitKakiTangan_Mulut.php



p/s ~balik dr cuti raya baru tau..rupa2 nye budak yang pengasuh dhira jaga tu pun kena jugak...hmmmm...kena kuarantin le..










No comments:

Post a Comment