Friday, December 30, 2011

PAVLOVA | akhirnya...

 Assalamualaikum semua...

dah hampir ke penghujung 2011 rupanya...

sebagai penutup 2011 sempat jugak aku membaking...
Pavlova ..desert yang digilai ramai ni..

sebenarnya kan..ini percubaan kedua saya..
alhamdulillah..
akhirnya berjaya jugakk..hehhe

Apa Rasa nya?

hmm...mmg sedappp..mmg tak akan keciwa punya..
 masuk mulut je kompem nak lagi..

hehehe..jom layannn..





2 layer of Pavlova









ZOOMMMM..



Resipi saya sertakan sekali..sape2 yang rajin nak buat tu boleh cuba resipi nih ..
Resipi asal dari Joyofbaking..


PAVLOVA

Bhn2
2 biji telor putih
1 cwn gula caster ( IB boh 1/2 cwn je utk kurang kan manis)
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka
1/2 sudu besar tepung jagung

Cara2:
1. Pukul putih telur dengan kelajuan yang perlahan sehingga jadi 'soft peaks'.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul pada kelajuan yang tinggi sehingga putih berkilat (stiff peaks).
3. Masukkan esen vanila, tepung jagung dan cuka dan kacau sebati
4. Sediakan kertas minyak dan loyang. Masukkan adunan tadi.
5. Panaskan oven 150 C - 10 min
6. masukkan loyang - 10 minit pertama -150 C, Turunkan suhu kepada 140 C dan bakar lagi selama 1 jam.
7. Tanda dah masak - meringue bertukar warna menjadi coklat muda, luar garing tetapi dalam lembut macam marshmallow.
8. Dah masak, biar dalam oven dulu. Buka pintu oven sedikit. biarkan sejuk sekejap.


Bahan Topping:
1 cwn whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus ( IB tak letak)
1/2 sudu teh esen vanila (IB tak letak)

Cara2:
1. Pukul whipping cream hingga kental
2. Masukkan gula+ esen vanila
3. Sedia utk diguna. Boleh jugak dibuat awl dan simpan peti dalam piping bag or plastik.

selamat mencuba


ok..sape2 yang  nak tempah boleh juga order kat saya yer ~ sila hubungi talian 0162665222..




3 comments: