Sunday, July 1, 2012

R.E.S.I.G.N


Asslamualaikum w.b.t....

 salam syaaban khas untuk semua muslimin dan muslimat...

pejam celik ..

tak terasa ramadhan dh semakin hampir...

hari ni dah pon 1 July 2012..

maka genap lah 31 hari aku dah resign dari kampeni tu..

jadi penganggur la plakkk...huhuhu..

susah dan berat aku nak buat keputusan utk resign ni..
tetapi dengan mengambil kira keadaan kampeni dan memikirkan masa hadapan..
aku terpaksa..terpaksa bagi kata putus..

RESIGN!!!

sebenarnya...
utk perancangan jangka panjang...
 mmg aku nak bekerja dari rumah.. 
nak berniaga dari rumah..

dan aku tau..
tidak semudah itu
utk melaksanakan dan melalui semua ini...


Boleh ke???

confirmmmm....
mende ni la yang  sentiasa bermain kat kepala otak aku neh..
boleh ke? dah la tak penah buat....
hmmm..
tapi aku yakin...
aku percaya pada rezeki yang Allah tetapkan
insyaAllah aku akan usaha sungguh2 ...
dengan kekuatan yang Dia pinjamkan kat aku..

mudah2an beroleh keberkatan atas setiap rezeki yang dikurniakan.. 
cukup untuk aku, anak2 ku..dan keluarga ku.. 
cukup untuk membayar segala hutang piutang..
dan cukup utk simpanan dihari muka.



amin ya rabbal alamin...

doakan saya yer kengkawan...


insyaAllah... 
kalo takde aral...
kedai online bakeri saya akan dilancarkan dalam minggu depan..
sekarang ni masih dalam peringkatan kemaskini blog.. 

just nak info u all..
 Dhira Delights akan mengadakan giveaway contest dan promosi pembelian...
 khas untuk pelanggan dan follower kami..
jadi kengkawan..
jangan ketinggalan yer untuk megunjungi Dhira Delights!!


jumpa lagi & jaga diri..




Wassalam...







Tuesday, May 22, 2012

RV lagi ..


Salam ceria semuaaa..

kali ni order dari officemate pulak untuk meraikan harijadi suami tercinta..



RV 1.3kg

Thanks Niza..



Tuesday, May 15, 2012

ala ala Famos Amos

Assalamualaikum semua...

banyak hari nk mencuba buat biskut neh..tp misi asyik gagal je dek kerana kemalasan ku itu..

sabtu lepas tetiba lak rajin kann...so apa lagi baking project on la...

kali ni buat biskut ala-ala famos amos...

Rasanya?

hehe..mesti la sedap kan...

kalo nk rasa kena cuba la buat..senang je..

jom layan..


sila abaikan bentuk yg tak cantek tu yer..hehe







Nak resipi nya? jom klik sini.

MY 1ST CHEST FREEZER

Salam Semangat Semua!!!!!

haha..tetiba plak yerr..
bukannye ape aku tgh takde semangat neh...
sedang mencuba naikkan semangat dirii...
chiayok!!!!

ok..hari nk cite pasal mende yg dh lama aku teringin nak beli...suatu masa dulu la kan..
 utk kegunaan simpanan stok susu dhira...tp ms tu tak mampu lagi ..
nak buek camno guno apo yg ado jola yo..

tp kali ni aku beli atas sbb lain..
khas utk kegunaan projek frozen food yang sedang berjalan
psl frozen food lain hari aku cite..

aku beli freezer ni dgn harga
rm650..brand HITEC..buatan malaysia..
kapasiti : 170Liter..bab lain aku tak henggat...

ok ni la gambor nyer..
jom tgk..



chest freezerku..






sila tgk sebelah kanan...itulah produk frozen food kami..sila abaikan yg lain..


Tak ketinggalan menikmati aiskrim dari freezer...

yummy!

hopefully projek berjalan lancar..kalo tak alamat nye freezer tu aku guna utk simpan stok susu anak kedua la..insyaAllah..kalo ade rezeki...
doakan ye kengkawan...






Monday, May 14, 2012

Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Teratak Rahmat Perlukan Bantuan SEGERA

aku kongsikan...dari blog kak ina kl...




Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Teratak Rahmat Perlukan Bantuan SEGERA
by kak ina kl on Jumaat, Mei 11, 2012


Assalamu'alaikum,


Sekadar berkongsi tulisan kak Azura yang cukup membuatkan hati aku tersentuh. Aku share di sini;-


Ah...ianya sekadar bantuan biasa yang kebanyakan rumah anak2 yatim perlukan. Saya hanya membaca sekilas pandang tagged note sahabat baik saya di UK, Puan Hazlina Md Yusof kepada saya di wall facebook.




"Ibu, awat ibu rumah anak2 yatim tu?", tanya Irdina anak perempuan saya berusia 9tahun. Tersentap seketika saya. Tidak saya sangka Irdina memberi perhatian ke skrin notebook saya sambil menyiapkan homeworknya. Saya ceritakan kepada Irdina, Rumah Anak2 Yatim Teratak Rahmat perlukan sekitar 60ribu utk siapkan bangunan dan penuhi piawaian BOMBA. "Kalau tak cukup duit macammana depa nak buat ibu?".


Saya diam saja tanpa jawapan. "Kalau tak buat tak boleh ka. Duduk la macam la ni", tanya Irdina lagi. Nampaknya bersungguh Irdina nak tau. "Kalau tak boleh buat semua tu, rumah anak2 yatim tu kena tutup sebab tak ikut undang2". Saya cuba jelaskan dengan bahasa yg paling senang Irdina faham. "Anak yatim ni bukan ka ibu dan abah depa dah mati? Kalau tutup depa nak duduk mana?". Belum sempat saya jawab, "Ibu, depa tak buleh sekolah kan ibu kalau tak dok situ. Depa nak duduk mana ibu? Ibu ambik depa buat anak angkat buleh dak?", tanya Irdina dengan penuh ikhlas.


Airmata kasih saya sudah mula bergenang. Saya peluk Irdina. "Ibu akan buat sesuatu kakak! Ibu janji!". Saya tewas dengan permata hati saya. Saya juga malu dengan sikap saya yang begitu ignorance. Saya sibuk siapkan kerja tadi dan hanya pandang sebelah mata pintaan bantuan di facebook saya. "Ibu, depa kat situ mesti macam orang dengan Irfan, Irsyad, Isyraf kan. Main sama2. Makan sama2. Bergaduh sama2. Pi sekolah sama2. Kalau tak boleh dok situ depa tak buleh dok sama2 lagi lah kan ibu". Aduh! Anakku..."Kalau orang, ibu abah dah mati pun orang takmau pisah dengan Irfan, Irsyad dengan adik. Orang nak dok sama2.
Tapi orang takmau ibu abah mati. Anak yatim tu nanti jumpa ibu abah depa kat syurga kan?"...kau runtun hati ibu lagi anakku. "Esok ibu talipon rumah anak yatim tu. Ibu cuba carikan bantuan. Ibu janji. Nanti bila kita berjaya selesaikan hal ni kita pi melawat depa ok". Irdina tersenyum puas. "Ok ibu. Orang nak tidoq dah. Orang sayang ibu.", sambil mencium + peluk saya. Saya tewas lagi...air mata keibuan saya menitis tanpa saya sedar.




Sahabat sekalian, dengan merendah diri saya pohon dibukakan lah hati dan minda kita untuk selamatkan Teratak Rahmat. Selamatkan anak2 yatim ini. Jangan kita pisahkan mereka seperti kata Irdina. Marilah kita pastikan anak2 ini berpeluang teruskan persekolah mereka. Saya berpeluang berbicara melalui telefon dgn Encik Azwar, urusetia Teratak Rahmat. Jika segala usaha gagal Encik Azwar akan cuba dapatkan pinjaman peribadi utk membantu anak2 ini. Itu jalan terakhir si insan berhati mulia ini.


Sahabat sekalian, marilah kita cuba elakkan insan berhati mulia ini daripada menuju ke option terakhir itu kerana sesungguhnya insan berhati mulia ini juga punya tanggungjawab wajib kepada keluarga sendiri. Apa yang beliau dan rakan2 lakukan sekarang adalah cukup mahahebat dipandangan mata saya. Warden tetap Teratak Rahmat hanya menerima elaun RM300 sebulan menabur bakti di Teratak Rahmat.


Saya tidak nampak dimanakah relevannya jumlah RM300 di zaman ini, tetapi hati insan2 mulia ini merelevankannya. Kita masih boleh terukan perjuangan mencari wang ringgit dengan kerjaya kita, tetapi saya pinta sediakanlah sedikit bahagian yang kadang2 kita hanya bazirkan dengan membeli barang yg tidak kita perlukan untuk anak2 ini.




Buat masa ini kita perlu focus untuk bantu Teratak Rahmat mendapat kelulusan pihak bomba dengan memastikan prasarana keselamatan tersedia dan ianya bakal menelan kos RM60,000. Teratak Rahmat mempunyai masa yang terhad sehingga May2012 untuk memastikan prasarana ini sedia atau menghadapi risiko penutupan. Berikut adalah maklumat Teratak Rahmat dan cara saluran bantuan.




> Encik Azwar Bin Rahmat, Setiausaha Kerja Teratak Rahmat - 0194776482
> http://teratakrahmat.blogspot.com/
> No account Teratak Rahmat: 0901-0019362-72-9 Bank Muammalat




Saya pinta para para sahabat sekalian dapat copy saya secara offline (zurra_abdul@yahoo.com) jumlah derma sahabat sekalian untuk tracking. Juga mohon disebarkan maklumat ini.




Moga Allah swt murahkan rezeki sahabat sekalian. Dan moga kita berjumpa disyurga dengan anak2 kita sebagaimana kata Irdina.




Wassalam.




Azura
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Aku dengan rendah diri juga memohon kawan-kawan semua bantulah anak-anak yatim ini..Mohon sebar-sebarkan semoga ada insan yang berhati mulia akan tampil membantu..Insya Allah..








Friday, May 4, 2012

DOA RAWATAN MATA RABUN JAUH ATAU DEKAT


DOA RAWATAN MATA RABUN JAUH ATAU DEKAT.
Captain | 12:17 AM | DOA MUSTAJAB






Salam Kepada Pembaca,

N3 kali ini berkaitan rawatan untuk mata yang rabun jauh atau dekat. Kepada mereka yang mengidap kencing manis yang tinggi. mata juga boleh terjejas. Yang memakai kanta sentuh serta cermin mata dan yang mengambil ubat yang dosnya tinggi boleh mengakibatkan mata menjadi rabun. Penglihatan objek kelihatan kelabu dan mata berpinau terutama yang mengadap komputer untuk jangkamasa yang lama.

Untuk pengalaman captain pada hari Isnin dan rabu yang lepas semasa berada di klinik Mata, Hospital Besar Ipoh. Kebanyakan pesakit adalah warga emas yang terpaksa beratur dan menunggu berjam-jam lamanya. Captain membawa anak ke klinik mata tersebut kerana untuk pemeriksaan mata. Untuk mendapatkan pemeriksaan mata di klinik kerajaan sangatlah mencabar kerana terpaksa menunggu lama kerana setiap pemeriksaan untuk seorang pesakit sahaja memakan masa sehingga 30 minit. Bayangkan jika anda giliran yang ke 20?? Jika anda komplen lambat serta sudah lama menunggu kepada "Staff Nurse" yang bertugas. Inilah jawapan mereka "NAK CEPAT PERGILAH KLINIK SWASTA".

InsyaAllah, Setiap penyakit itu ada ubatnya. Berusahalah dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Qaf, ayat 22.


 



Cara-caranya:

Dapatkan 7 batang karot yang muda dan diblend. Baca doa ini sebanyak 7 kali pada jus karot yang telah diblend tersebut. Lakukan selama 3 hari berturut-turut. Jus karot mengandungi "beta carotene" baik untuk perbaiki penglihatan, mencegah penglihatan yang lemah, katarak, hemeralopia dan mata-kering. Dengan berkat dan izinNya banyak pesakit telah sembuh dari rabun mata.


Maksudnya:

Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).

Wasallam.

Ku cedok dari SINI




Thursday, April 12, 2012

Bantuan Anda Diperlukan...

Assalamualaikum & salam sejahtera..


| Dapat neh dari mana tak ingat...tp nk sampaikan jugak sebagai pengajaran utk kita...sapa nk bantu silakann.. |




Khidmat Masyarakat : Bantuan Rakyat 1 Malaysia dari korang diperlukan..!!




Cerita ini agak panjang akan tetapi korang akan dapat hidayah disebalik cerita ini dan bantuan korang sedikit sebanyak dapat membantu adik ini.. tak mampu nak baca semua cukuplah sekadar baca separuh jerk..






Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan sEorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3.


Kenapa? Sebab nak beli beras.


“Kami lapar sgt,” kata mereka.


“Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap,” kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah sejak 2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang.


“Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk, barang2 dirosakkan dan dicuri. Mmg frust betul sbb kami kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri. Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni.”


Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka.


Runtun hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan.


Ibu mereka masih hidup, namun telah lama meninggalkan mereka. Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian, begitulah yg diceritakan kepada Ustazah Zainah.


Ketika beliau masuk, ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yg bongsu umurnya empat tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar, mungkin kerana kurang nutrisi, mungkin kerana penyakit yg tidak kita ketahui.


Guru Besar sekolah, Ustazah Hawa, menceritakan pada saya tentang usaha mereka meminta kebenaran si bapa untuk menjaga dan membela nasib yg bongsu dan si kakak yang umurnya belasan tahun, namun tidak diizinkan. Mereka mati akal, tak tau mcm mana nak sampaikan pertolongan.


Izam dan abangnya tiada surat beranak. Jadi, tak dapat pergi sekolah kebangsaan. Kakaknya yang berusia 13 tahun dpt ke sekolah menengah, namun terpaksa juga menjaga yg bongsu ketika bapanya tiada di rumah. Tapi selalunya, Izam yg menjaga adik-adiknya ketika yang lain ke sekolah dan bapanya bekerja.


Pertama kali kami bertemu, Izam senyap dan sugul. Baju sekolahnya comot dan berdaki. Katanya dia memakai baju yg sama setiap hari. Baju itu dibasuh di hujung minggu.


Kami bersembang. Katanya, matapelajaran kegemarannya Jawi. Saya minta dia tuliskan namanya di atas sekeping kertas. Dia dapat menulis (dalam tulisan Rumi). Ini sebenarnya mengkagumkan kerana dia tak pernah ke sekolah.


Saya tanya apa yang dimakannya ketika sarapan pagi tadi.


Tak makan, jawabnya.


Sebelum ke KAFA?


Tak makan.


Saya terdiam, sambil memandang pinggan berisi goreng pisang di hadapan kami.


“Jadi.. ni baru Izam nak makan?”


Dia mengangguk.


Kata Izam, kadang-kadang dia tak lapar, sbb dah biasa.


Ya Allah. Saya tak dpt bayangkan apa yg dilalui anak ini setiap hari.


Saya tanya, Izam nak ke sekolah? Sekolah yg saya maksudkan ialah sekolah kebangsaan.


Wajah Izam serta-merta berubah. Ceria. Tersenyum. Senyuman yg penuh harapan.


Ustazah Zainah bertanyakan saya sama ada nak melawat rumah Izam. Saya setuju.


Sesampainya di sana, kami dapati bapanya tiada di rumah. Beliau di surau, menunaikan solat Asar berjemaah. Namun anak perempuannya telah diarah agar tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah, melainkan keluarga. Tapi, kalau saya nak masuk pun, mmg takda masalah. Tombol pintunya hilang. Yang ada hanyalah sehelai kain buruk yg digunakan utk menutup lubang tombol dan menyelak pintu.


Kami menghormati permintaan si bapa dan menunggu di luar. Bila beliau tiba, dia meminta maaf kerana tidak dpt membenarkan kami masuk.


“Saya buat begini bukanlah sebab saya sombong, tapi Cik kan dah tahu keadaan rumah saya, sgt daif. Saya malu nak bagi masuk. Bimbang boleh dijadikan fitnah,” katanya.


Beliau kurang selesa dgn kehadiran saya. Katanya sungguh pun mereka hidup dalam kemiskinan tegar, mereka bukannya pengemis. Beliau tak mahu media dtg ke rumah, merakamkan kedaifan hidup mereka dengan kamera video, menceritakan pada org ramai tentang kesedihan mereka. Beliau jengkel dengan mereka yang meratapi nasib di dalam TV, dengan air mata bercucuran, ditatap umum.


Saya berjanji tidak akan mengambil gambarnya dan tempat tinggalnya, atau mendedahkan identitinya di media. Namun saya tetap akan menceritakan kisah mereka, cuma bukan dgn cara yg tidak dikehendakinya. Saya di situ bukannya atas dasar mencari berita, tapi atas dasar kemanusiaan, kerana saya juga seorang ibu, punyai naluri kasih sayang pada anak2.


Saya dan Ustazah Zainah berusaha memujuknya membenarkan sekolah itu menjaga si bongsu dan anak perempuannya di siang hari, agar beliau mudah mencari rezeki atau mencari punca pendapatan yg lebih baik. Namun beliau kurang yakin dgn cadangan kami. Katanya, kalau dia ke kerja awal pagi, siapa yg akan menyiapkan anak2? Memasak utk mereka?


Cadangan Ustazah Zainah itu sebenarnya amatlah praktikal. Si bongsu akan dimasukkan ke program taska mereka pada waktu pagi, dan Ustazah sendiri akan menjaganya di sekolah selepas habis taska, sehinggalah si kakak atau bapa balik. Namun cadangan itu tetap ditolak.


Si bapa seolah2 gembira menerima kemiskinan ini sebagai taqdir yg akan merapatkan lagi hubungannya dengan Rasulullah s.a.w. Saya berkata kepadanya bahawa ramai para Sahabat alaihissalam yang juga kaya, dan mereka juga amat rapat dan dicintai Rasulullah s.a.w.


Sebelum kita menuduh beliau menggunakan agama sebagai alasan kemiskinannya, harus juga kita ingat yg beliau seorang lelaki. Ego lelaki itu cukup kuat utk membuatkan beliau menafikan kesempitan hidupnya.


Saya mmg kagum dgn dedikasinya menjaga anak2 setelah ditinggalkan isteri. Tidak mudah dilakukan, tidak ramai sanggup melakukan. Namun realitinya adalah budak2 itu tetap lapar, dan telah pun mencuri akibat kelaparan. Mereka perlukan pendidikan utk membebaskan diri dari cengkaman kemiskinan. Si bapa itu sendiri mengaku, Izam sering menyuarakan keinginannya utk ke sekolah, dan mengadu dirinya seperti diperlekehkan rakan2nya yg seronok ke sekolah ketika dia terperuk di rumah.


Kami menawarkan pertolongan mendapatkan surat beranak utk anak2 itu, tapi balasnya “Buat apa? Dia sudah darjah 3..tidak ketinggalankah dia?”


Tidak, kata kami. Kami terus memujuk. Saya kata anaknya bijak, sgt berminat belajar. Sebenarnya, ramai pelajar sekolah itu yg sememangnya bijak walaupun dikongkong kemiskinan dan kelaparan. Cuma, mereka tak berpeluang mendapat kehidupan lebih baik.


Bapa Izam berkata beliau malu anak2 nya ke sekolah KAFA itu tanpa membayar yuran, kerana beliau tak mampu. Ustazah Zainah kata takpa, asalkan mereka dtg.


“Takkanlah saya tak bagi budak2 ni dtg..ini ilmu akhirat. Tanggungjawab saya nak mendidik mereka, dtg sajalah, takpe,” rayunya.


Di sini saya nak terus terang mengatakan bahawa walaupun ibu kepada budak2 ni org Malaysia, bapanya ini kemungkinan warga Indonesia. Pelatnya sukar dilindung. Terdahulu, saya pernah ditegur seseorang yg tak puas hati saya menolong pelajar miskin, yg bukan semuanya dari org Malaysia. Saya rasa komen mcm ni tak perlu. Bukankah dia tetap manusia? Bukankah budak2 ni, tetap budak2? Mereka berhak mendapatkan hak asasi seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan. Dan kita semua sesama Islam. Yg membezakan antara kita, taqwa. Itu saja yg perlu kita ingat.


Guru2 di KAFA Al-Insaniah ni bukan saja telah melaksanakan tanggungjawab mereka malah lebih dari itu. JAIS hanya mampu membayar guru2 ini bagi satu sesi pengajaran, sedangkan ada guru, spt Ustazah Zainah, yg mengajar dua sesi. Ada guru yg langsung tak dpt dibayar.


JAIS mengharapkan perbelanjaan sekolah dpt ditampung oleh yuran sekolah. Ya, secara teorinya takda masalah, kerana kebanyakan sekolah KAFA di Lembang Klang ni lokasinya di kawasan perumahan mereka yg berpendapatan sederhana atau agak berada. Jadi ramai yg mampu yuran RM20 sebulan.


Namun KAFA Al-Insaniah dibina di tgh2 kawasan PPRT. Kebanyakan keluarga yg tinggal di sini masing2 penerima zakat. Hampir separuh kanak2 yg ke sekolah itu juga dari keluarga penerima zakat, jadi tau2 sajalah tahap keperitan hidup mereka.


“Bagaimanalah kami sampai hati nak mintak budak2 ni yuran sekolah?” kata Ustazah Hawa. “Masa mula2 tu, kerana ramai yg tak bayar, kami mintak, tulis surat kat ibubapa. Lepastu, ramai yg tak dtg sekolah. Kami ingat takpalah, mari balik, tak payah bayar, asalkan dpt teruskan belajar.”


Guru2 ini sanggup menerima potongan gaji semata2 agar sekolah ini terus beroperasi. Gaji mereka kira2 RM1,200. Itu pun baru2 ini dinaikkan kerajaan. Sebelum ini, RM1,000 ke bawah. Lagi menambahkan asam ke luka, baru2 ini sekolah itu dipecah masuk. Habis yuran, komputer dgn data pelajar dan wang sumbangan dari jualan amal disapu. Dapur kantin juga dipecah masuk dan makanan dicuri. Penutup longkang dan pelbagai lagi barangan besi dan logam dicuri, membahayakan anak2 yg bermain di waktu rehat. Pagar dipotong, siling dipecahkan, memudahkan lagi pencuri keluar masuk. Guru2 ini mati kutu bagaimana nak terus beroperasi bila berhadapan dgn cabaran sebegini besar.


Setiap ringgit yg disumbang ke KAFA Integrasi Al-Insaniah dapat megenyangkan seorang pelajar, menggalakkan mereka ke sekolah, membantu mereka merubah kehidupan. Setiap ringgit membawa bersamanya harapan, membasmi kemiskinan, menggalakkan org lain beramal.


Tiada sumbangan yg terlalu kecil. Setiap sumbangan adalah amal baik yg berterusan faedah dan pahalanya.
Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit.” (Bukhari, Muslim)
------------------------


Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut:
Maybank
MBB account - 164388710655
(SAKINA BINTI HAJI MOHAMED).
Sila tulis 'For KAFA' di kotak komen dan email sakina_amx@yahoo.com.


RHB
Account number 1-12479-00092090
(TENGKU ELISA BUSTAMAN BT TENGKU MOHD ALI)
Sila tulis 'For KAFA' di kotak komen dan elisa_taufik@yahoo.com.


Sumbangan terus kepada:
Bank Islam SAR AL-INSANIAH
Acc no: 12047010031372
Atau hubungi
Guru Besar Ustazah Siti Hawa 0139180191
Ustazah Norazainah 0173217971


Minta tolong sebarkan...










Rindu Nak Pam Susu lagi..

| ENTRY LAMA YANG BARU DI PUBLISH..HUHUHU |




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Entry kali ni merupakan cetusan rasa hati aku yang sebenar dihari kejadian....
hahhaha...

cite nye gini..
adik aku baru je pas bersalin last week...dan dah mula mengepam utk baby...
tetiba jek aku rasa rindu sgt nak pam susu utk baby..
rindu nk buat stok susu banyak2 ..
rindu nk tgk peti sejuk meriah dgn stok susu..

bile agak nyer yerr

mudah2an ada rezeki dhira tahun ni utk menimang adik..


doakan yerr kengkawan...


thanksss




Friday, April 6, 2012

Red Velvet 1kg

Order dari officemate ~ Red Velvet (1kg)


terima kasih Asfaliza


heppi besdayyyyyyy!!!



enjoy yer


Makan Makan @ Ayam Percik Yati, Bangi

Assalamulaikum....

INI entry yg dh lama terperam...
tak sempat nk edit n publish...malas punya pasal...hehe..
tapi aku nk simpan gak kat blog aku neh sebagai kenangan..

Makan2 dgn adik adik ku...juju, yan, wanfauzi, dhira, ibu & ayah..

masa ni yann pregnant..dlm 7 atau 8 bulan tak silap...



jom layan...


bik juju, dhira, mamang & bik yann








lai chi kang...



yang ni sedappppp

sedapp jugakk




ibu & a-a

Our Famili 







Friday, March 23, 2012

Wedding Cake | Ezza&Ajib



Assalamualaikum ...

dh lama tak hapdet blog neh ..huhuhu..


nway last 2 week adik saya telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangan nya...
alhamdulillah settle jugak...hehehe

sempena majlis pernikahan tu..saya cuba hasilkan kek kawen utk mereka berdua..
kira nya ini 1st time la buat kek kawen..hehehe
tak kemas lagi..byk yg perlu diperbaiki..dan tentunya byk gak pengalaman yang dapat..

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun ada kurang sana sini ckit..
biasala kan..mana ade majlis yang sempurna..

ok ni kek nye..layannnn..



3 tier Wedding Cake ~ Tema Biru + Pink



Gambar kenangan bersama ahli keluarga...


Untuk adikku Ezza & Ajib....

along doakan semoga korang berdua bahagia berkekalan hingga ke akhir hayat..
dikurniakan persefahaman yang kukuh...
 dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi apa jua rintangan bersama..

dan cepat2 bagi along anak buah baruu ok :)

aminn ya rabbal alamin..





Friday, February 24, 2012

Chocholate Moist Cake



                                                                     Salam Semua...


Ni order dari rakan seopisku..





Chocolate Moist Cake + Barbie Edible Image + Topping Buttercream

2KG (8"x8"x2.5")

RM75



Thankss K.Doly HePPi Besdayyy to  


~Alice Shahirah~





Friday, February 17, 2012

RVC Boboiboy


Assalamualaikum semuaa..


Order dari Ex-Officemate ~ Puan Aslina untuk besday anak nyer...

RVC + Edible image boboiboy








Tima kasih K.As..


Epi Besday untuk Azeem!!!

moga jadi anak yang soleh...
aminnnn...