Thursday, July 7, 2011

Friends Get Together | 02 07 2011

Salam ceria semua...

Last week kitorang 1 famili join trip pergi ke Sg. Congkak..
yang rancang oleh kawan2 ofismate aku..

yerrr la..lama dh tak buat aktiviti cenggini.. 
mandi manda bersama kawan2 dan famili...makan2..mandi lagi..makan2 lagii..hahhaa...beshhh..seronokkk wwooooo..
ade BBQ lak tuh..

kali terakhir aku join aktiviti camni ...dlm 5 tahun lepas..lama dh..
masa tu bujang lagi..
tp skrg pegi ngn famili (hubby & Dhira)..so seronok dia tu lagi beshh laaa..
alhamdulillah..dapat gak aku merasa nikmatnya..

lagi pun tak sampai sebulan lg ramadhan bakal menjelang tiba..
kenala siap2kan diri utk hadapi bulan pose...

ckp psl pose ni..aku ade 4 hari lg kena ganti poseee...terukkan..huhuhu..
korang camne? dh abis ganti ker..
kalo dh alhamdulillah..
kalo blom..jomla sama2 memeriahkan majlis..hehehee

nway..jom layan gambar2 kitorang kat Sg. Congkak....
seronokkkkk nyerrr!!!!


seronok main air....

Sebelum mandi...kita makan dulu yer...laparr
 
salamm...1st time jumpe...Dhira and Adam..

adegan angkat kaki.. tak tahan tuhhh...

Yang ni Sasha ..anak k.doly ..sebab geli..di buatnyer aksi angkat kaki tuh..
hahaha...tak tahan tol..
 
Sempat menyelit gambor ngn hubby n dhira...
 
Dhira n Uncle Bubu...hehehe
 
Sejukkkkk...

Ayah lak terlebih seronok yerrr..
 
Dhira main pelampung...Adam punyer tauuu..
Anak ibu ni ..kira 1st time la g tempat2 gini...mandi sungai..nasib baik dia ok je..
memula tu mmg angkat kaki jugakle dia..
xmo turunkan  ..sejukkkkk..
mmg sejukkkk ponn..
dh lama2 tu dia lak xmo naik..nakkk main kat air je..
lagi2 dpt naik pelampung Adam..bukan main seronok lg dia..heehehe..

next time ..kalo kita g lagi..
ibu belikan satu utk dhira yerr..
wokehhh..


sekeluarga ~ ibu ayah dan Dhira | @July2011

Opismate bersama keluarga masing2..

Seronokkkkk nyerrr...mmg tak sia2 la pegi..
dan aku rasa tercapai objektif aktiviti ni diadakan..
iaitu untuk merapatkan sillaturrahim sesama rakan sekerja dan keluarga..

so aku harap tahun hadapan aktiviti ini akan diteruskan... 
mudah2an akan ramai yg meng"join"kan diri  dan memeriahkan lagi aktiviti ini..

jumpe lagi tahun hadapan...

assalamualaikum...




Monday, July 4, 2011

Kek Lumut

Salam penuh keceriaan untuk semua...

Jumaat lepas.. 
aku sempat buat kek kukus traditional Bumi Kenyalang ni..
kat mana lagi kalo bukan tempat tanah tumpah darah ku...

nama kek ni..Kek Lumut..rupe dia mmg simple..biasa2 je..
tp kalo korang dh rasa skali kompemmm nak lagi..

resipi nyer aku cedok dari blog dayangjack ..


baru keluar dari pengukus..



dah kemaskan tepi kek...



Bahan-bahan : Loyang 9” x 9”
  • 1 ½ gelas tepung gandum (diayak)
  • 8 biji telur A
  • 450 gm mentega Golden Churn
  • 1 gelas gula halus (kisar halus lagi jika suka)
  • 200 gm horlicks
  • Pewarna hijau (Star Brand) - dayang gantikan dgn pes pandan Cap Kopoe-Kopoe
  • 1 tin kecil Seri Kaya
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering)


    siap untuk dimakannn..yummyyy!!!



    Aku guna resipi kat bawah nih & pakai loyang 8" x8"..sbbnyer takde loyang lg kecik..hasil nyer tetap beshh...sedapppp..

    Bahan-bahan untuk 1/2 adunan : loyang 7 " x 7 "
    • 1 cawan tepung gandum (diayak)
    • 1 cawan horlicks
    • 3/4 cawan gula halus
    • 250 g mentega (aku guna butter churn)
    • 4 biji telur A
    • pewarna hijau secukupnya (kalo nk kaler yg cantek pakai pandan paste 1 sb)
    • 4 sudu besar seri kaya
    • 1/4 cawan susu pekat manis
    • 1 sk esen vanilla
    Cara-cara : sama seperti atas. Cuma masa mengukus ialah 2 jam 30 minit.

    Tips dari aku: kurangkan gula bagi yg tak suke manis2...


    Friday, July 1, 2011

    Perkembangan selepas fobia...

    Salam semua...

    aku nk update pasal dhira selepas 4 hari dihantar ke rumah pengasuh...

    yer la kan..bila aku rasakan kelainan pada sikap dia ..dan instinct aku pun dh lain mcm je..
    cepat2 aku carik org lain..xmo dh hantar ke taska tuh.

    baca SINI untuk entry blm nih..




    1st day kat umah pengasuh..dia masih gak meraung2 nangis2 dan sebut taknak2...
    mcm biasala kan..mcm kat taska tu gakk..
    kat umah pengasuh tu ade baby 8 bulan, dan anak pengasuh umur 6 tahun..

     tghri tu aku dtg saje nk tgk dia..tgh main ngn anak pengasuh..
    dhira panggil dia "abang"..yg baby lak tgh tdoo..
    senang la ckit ati aku nengok.

    akan tetapi.. bila baby bangun tdoo je..trus mood dia jd lain..
    sebut taknak2 balik ..pastu nangis pegang aku ..
    pengasuh pun ckp kalo dia tgk baby tu mesti dia nangis..

    baby tu tgh excited nak berdiri..so dia pg la ke aku..nk pegang aku so dia leh berdiri..
    yg dhira lak tgk je baby tu ke arah dia..dh jerit2 taknak2..nangis..kuat lak tuh..mcm takutkan sesuatu..hmmm..

    2nd & 3rd day pon sama..kalo dgn abang ok je dia..boleh la nak main2..muke time ambik epi jekk..tp bila tgk baby mmg dia akan jerit2 taknak..
    hehhehe ..
    sungguh2 dia nangis..

    kakak tu pun bgtau aku mesti ade budak yg suke kacau dia kat taska nih..hmm..aku pun terpk mende yg sama...kalau tak takkan camni..
    b4 tis kalo baby ok je dia pegang...atleast tengok la kan..tp tak pernah lak nangis mcm ni..

    itu blum cerita kat umah lg...tdo malam mmg asyik mengigau la..dlm 6-7 kali bangun mlm..nangis2 kata taknak2..mmg tdo asyik terganggu la...kesian tau..tak tau apa yg dia rasa masa tu...

    dh hantar 3 kali ni kurang la ckit nangis mlm2..kalo dulu 6-7 kali..skrg 1-3 kali saja..
    hantar pg2  dia nangis gak tp kejap je..
    pastu dgn baby dia dh tak nangis dh ..

     alhamdulillah..perkembangan yang baik..

    cuma dia tak suke dekat2 ngn baby...masih takut lg agak nyer..kalo baby dekat je dia dh standby angkat tangan..
    hepp hepp katanya..

    hehehe..cian baby..

    yg pasti skrg ni dia semakin hepi...kat umah mood pon okla..
    tak mcm dulu asyik nak dukung je..nk berkepit je..

    harap2 anak ibu semakin kuat dan sihat...makin ceria...
    xmo takut2 lg....xmo nangis2 lg yer..

    perasaan aku?..legaa sgt.. 

    harap2 dhira dpt sesuaikan diri dan gembira di sana..


     saaaaaayangggg dhira...muah muah muah!!


    p/s  ade ke anak org lain yg kena cam dhira ni ekk? fobiaaaaa...



    Thursday, June 30, 2011

    Merancang Bayi Kedua?

    Salam sayang semua..

    pagi ni aku nk kongsikan satu artikel dengan korang semua ..aku ceduk dari blog bidanbersalin ...

    harap ianya bermanfaat ....






    Merancang Bayi Kedua

    Kebanyakkan ibubapa akan tertanya-tanya bilakah masa yang sesuai untuk mereka mendapatkan anak kedua dan seterusnya. Tempoh dua tahun adalah tempoh masa paling ideal bagi seseorang wanita untuk mula memikirkan tentang kehamilan sekali lagi. Hal ini berikutan tempoh berkenaan memadai untuk tubuhnya kembali pulih daripada segala kekurangan yang dialami seperti zat besi, kalsium dan sebagainya.

    Perlu anda maklum, kehamilan sebelum tempoh dua tahun memungkinkan anda menghadapi pelbagai masalah seperti anemia, sakit belakang, gigi cepat rosak dan lain-lain lagi. Hal ini bakal terjadi kerana tubuh belum bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menghadapi satu lagi kandungan.

    Malah, anak pertama mungkin masih kecil dan atau menyusu susu ibu. Apabila hamil lagi, anda perlu menguruskan dia. Pada masa yang sama perlu membahagikan kudrat yang ada untuk tanggung jawab terhadap suami, rumahtangga, kerjaya dan lain-lain hal. Ini termasuklah menjaga kandungan dengan sebaik-baiknya. Sekiranya, anak itu berusia 2 tahun ke atas, sudah tentu dia sudah bercerai susu dan lebih berdikari. Jadi, bebanan yang anda perlu tanggung tidak begitu erat jika hamil lagi.

    Walau bagaimanapun, jika ditakdirkan anda hamil awal daripada tempoh yang disarankan, langkah penting untuk anda lakukan ialah memastikan paras Hb mencukupi. Sama juga halnya dengan kalsium. Antara lain, lakukan pemeriksaan gigi dan sentiasa menjaga postur badan. Hal ini amat mustahak untuk diteliti agar dapat mengelakkan sebarang komplikasi yang mungkin boleh terjadi semasa hamil.


    Bagi yang pernah hamil secara caesarean, usah bimbang. Anda sudah mula boleh memikirkan soal kehamilan kedua selepas dua tahun kelahiran anak pertama. Selepas tempoh dua tahun tempat jahitan pembedahan diyakini sudah sembuh.

    Anda juga boleh menimbang untuk cuba bersalin secara normal. Namun, keputusan yang bakal diputuskan oleh doktor perlu bergantung kepda faktor komplikasi sewaktu proses pelahiran yang dihadapi sebelum ini. Lazimnya, masalah yang biasa dihadapi ialah komplikasi bayi besar. Jika ini penyebabnya, perlu anda tahu bahawa bayi kedua mungkin bersaiz besar lalu memungkinkan anda untuk bersalin secara caesarean sekali lagi.


    Sebelum Hamil

    1- Pastikan Hb optimum. Jika mengalami anemia, makan ubat untuk mengatasinya.

    2- Makan asid folik 400mcg sekurang-kurangnya sebelum rancang hamil bagi mengelakkan kecacatan bayi seperti bibir sumbing dan spina bifida.

    3- Jumpa doktor terlebih dahulu jika menghidap penyakit tertentu agar semuanya terkawal.

    4- Jika darah tinggi, perlu ambil ubat tertentu. Perlu tahu, ubat semasa dan sebelum hamil adalah berbeza.

    5- Kalau kencing manis, ubat yang diambil sebelum hamil perlu ditukar kepada insulin.

    6- Sekiranya tiriod, ambil ubat yang selamat. Doktor O&G akan pantau kehamilan anda bersama doktor biasa.

    7- Jika mengalami prolapse disc, kena pastikan tulang berada pada tahap yang selamat sebelum rancang untuk hamil. Sewaktu hamil, doktor pakar tulang akan pastikan tulang belakang mampu bertahan untuk menampung kandungan.

    8- Kalau sakit jantung, ada keadaan di mana membolehkan dan melarang kehamilan. Pastikan anda boleh hamil lagi atau sebaliknya. Sewaktu hamil, jantung dan buah pinggang bekerja lebih kuat jadi ia perlu sempurna untuk menghadapi kehamilan.


    Selepas Hamil

    1- Lakukan pap smear selepas 2 bulan kelahiran. Pastikan ketika itu anda tidak haid. Seterusnya ujian yang sama perlu disusuli 1 atau 2 tahun kemudiannya untuk memastikan pangkal rahim kekal sihat.

    2- Minta nasihat doktor tentang kaedah perancang keluarga yang sesuai. Kaedah yang bakal dipilih perlu digunapakai sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 tahun.



    Wednesday, June 29, 2011

    Sambutan Hari Lahir Niza @Auntie Belacan

    Salam semua...

    kali ni sambut besday Niza lak..
     bertemakan kaler Turquoise...

    kitorang buat kat Auntie Belacan @Giant Equine Park..
    ekceli besday niza ni awal bulan 8 tp ms tu dh pose kan..for sure takleh nk wat makan2..
    so dengan persetujuan tuan badan..
    sambutan diawalkan dan dibuat pada bulan June..



    mari kita layankan..

    Bebday Cakes..sedappppp

    Sapa lagi kalo bukan bebday girl kan...hehehe

    Bergambar ramai2...dhira pon ade..

    chantekk..


    Ni salah satu hadiah yg bebday girl dapat..hehehe ganas wooo

    Ibu & Dhira..

    Saaaaayang aqil..dhira peluk betul2 nih..boleh?

    nengok anak dara ibu nih...aqil pun punyer la sporting..


    Ni kira pertama kali la dhira dan adil dipertemukan dimajlis sambutan bebday kitorang...slalunya hero dtg sorang diri je ..of coz ler ngn mama dia..


    nasib baik tak sihat lagi...kalo tak kompem aku order..sedap wooo      
      
    sama la nih..menggugat jiwa raga ku...


    ok sampai diketemu lagi dimajlis akan datang...

    assalamualaikum w.b.t




    Monday, June 27, 2011

    Pengalaman Tayar Keta Pancit

    salam ceria semua..

    Untuk pertama kali nya dalam hidup aku..tayar keta pancit..
    fuhhh...
    nasib baik hubby ade masa tu..nasib baik sungguh..
    alhamdulillah..kalo tak tak tau la nk buat camne..
    dia pon cuma penah tolong2 je buat keta org pancit..keta sendiri pon xpernah..hahaha

    sehari sebelum kejadian mmg aku la yg bawak keta tu..hubby ade trip ngn opismates dia..
    hari tu bwk keta mmg tayar dh rasa lain ..instinct pun kata tayar nak pancit nih..siap berenti cek tayar lagik..tp still ok sampai la hari kejadian..

    kira susah jugakla kan kalo takdek peralatan mencukupi nak bukak n pasang tayar ..
    spanar utk bukak nat skru ,
    jek (betul ke ejaan nih) keta ..
    tayar spare yg cukup angin..
    apa lagi yer...
    hmm..yg ni penting gakk
    TENAGA yang kuat...
    kalo aku rasa cam tak bergerak je nat skru tuh...hehehe

    Pakai Jek cikai je...


    nasib baik ade payung..bolehla payungkan..



    Tayar pancit betul2 kat depan Maeps ni haa..


    ade la dlm 30 minit gtu..baru settle..
    nasib baik ade dia...
    time kasih sayang..hehe..


    Sekitar Sambutan Harijadi Kak Ijau...

    Salam semua...

    Entry kali ni nak paparkan rakaman sekitar majlis besday Kak ijau a.k.a HannyBunny ..
    besday nyer dh berlalu dh...bulan lepas lagi..aku je yg lambat buat entry kat sini..
    hehehe..sori ye hany..

    tp aku nak jugak post kat sini...sebagai kenangan utk aku dan opismates suatu hari nnti..


    ok..mari kita layankan..

    Lokasi & masa..

    Sedappp ..

    Ni ha bebday girl nyer..

    Suke gambar ni..Hany n Fiza..kazen mazen..hehe
    Acara potong kek..

    opismates..

    gambor bersama aqil..

    seriusss..suke sgt gambor nih...sempoii...

    that's all entry utk kali ni..

    ibudhira doakan..
    semoga bebday kali ni membawa seribu kebahagiaan kepada hany dan suami..mudah2an apa yg dihajati tercapai..dan dikurniakan rezeki, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan yang berkekalan...
    bahagia dunia dan akhirat..

    aminn ya rabbal alamin..






    Friday, June 24, 2011

    Pengalaman ~ Trauma/Fobia selepas ke Taska

    Assalamualaikum w.b.t ..

    Hampir sebulan aku tak menghapdet blog ni..macam2 perkara juga lah yang sudah jadi..nnti aku citekan satu-satu...tp kali ni aku nk kongsi citer kisah anak aku yang baru 7 kali dihantar ke taska area opis aku nih...ekceli kejadian ni berlaku dlm tempoh ms lebih kurang 3 minggu lerr..huhuhu..sedih ooo...

    b4 this, adik aku yg jaga dhira..tp tiba2 lak dia diterima keje pd hari dia interview..huhuhu..so terpaksa la htr dhira ke taska b4 carik org..takde pilihan...

    Masa hantar tu umur nye baru nak masuk 1thn 6 bulan..org nye kecik je..tp kalo mengamuk boleh tahan jugak kudratnyer..


    minggu pertama:-

    minggu ni dua hari je aku hantar..hari rabu dan khamis...

    1st day:
    Riak muka Dhira epi sgt..yelah diakan suke budak2 ..abg and kakak..so xcited la dia nk main...balik pon ok..bila tanya nk main ngn kawan lg tak ...dia jawap nakkk..bestt katanya..aku pon epila...

    2nd day:
    Hantar ok je..w/pun ade budak2 yg nangis..dia cool je...tp ms nak ambik pengasuh taska bgtau yg dhira kena gigit kat tgn..katanya ade sorang baby lg kena gigit gakk..
    argghhh sudahhh...
    nampak sungguh kesan gigitan tu..huhu ( bukan lovebite tau!hehe)..mlm tu aku urut2 gakler..bila aku tanya sapa buat..Dhira kata "abang wat"....sambil tunjuk kat tempat kena gigit tuh..cian diaaa..
    balik tu bontot merah giler...melecet...kompem lambat tukar pampers ...aku geleng kepala..





    minggu kedua:-

    Minggu ni pun 2 hari je aku hantar ke taska...rabu dan khamis..
    sbbnyer..dhira deman panas..aku pon demam...

    3rd day:
    hari ni aku mc..saje je nk hantar dia kejap..takut dia lupe ngn taska .. ms hantar dia tak nangis pon..cuma bila aku nk pas ke pengasuh pagi tu..dia mcm taknak dan pegang aku kuat2..tp akhirnya dia cam mengalah la...dengan berat ati aku melepaskan nya..muka pon sedih...ptg tu aku ambik awal dlm 4.30 gtu..nengok aku je muka dia ceria..masuk dlm keta je trus dia nak menyusu ngn aku...aku bg la..slalu nya dia kalo menyusu mmg akan jeling2 aku dan isap kejap2je ..tp ptg tu dengan penuh fokus dia menyusu sampai kosong br**st aku sebelah nih ..pastu dia nak lagi...aku pun pelik...td tak minum ke budak ni..cam haus giler jekk...huhuhu...
    aku dh mula tak sedap hati...
    dan yang aku perasan skrg ni Dhira suke marah2 dan mengamuk..pelik...sblm ni perangai dia bukan mcm tuh..kalo marah pon jarang sgt le..n kejap je..hmmmm..

    4th day:
    hari ni dia peluk aku kuat2 masa nak pas ke pengasuh...dan nangis sambil ckp "tak nak...tak nak"...rs sedih lak..tp nak buat camne...aku berharap dia akan dapat sesuaikan diri...masa kat kereta masih lg terdengar tangisan nya..huhuhu..ptg aku ambik dia epi jee..tp asyik nak mintak dukung je...xmo turun...padahal budak ni jarang mintak dukung dan mmg suke kalo dpt jalan2...pelikk...
    so aku tanya la kat pengasuh ..dhira mcm mana kat situ..ok ke? makan minum camne? katanya makan minum so far ok je...lg katanya nnti Dhira akan diletakkan bersama2 ngn baby takleh letak skali ngn budak2 besoo..
    hmm aku pun pk..
    masa memula daftar katanya dhira akan ditempatkan dgn budak2 yg bawah 2 thn..tp aku tgk mcm campur je skali ngn budak2 umur 3 ke 4 thn..camne tuhh..anak aku ni dh la kecik...takut kena buli je ngn budak2 besar yg nakal2 tu..
    aku tak salahkan budak2 tu ok..biasala budak2kan..mana la paham lagi..yg dia tau nak main seronok2 je..
    sepatutnya taska kena asingkan budak yg bawah 2 thn seperti yg dia bgtau aku ms mula2 daftar tuh..ntah ler..pening aku mikior..so aku ngn hubby discuss dan agreed nk bg masa lg satu minggu utk dhira sesuaikan diri..tgk camne dulu...


    minggu ketiga:-

    Minggu ni 3 hari je aku hantar ke taska...

    5th day:
    pagi2 lagi mood Dhira dh lain..
    aku tanya dia nak g jumpe cikgu n kawan tak? dia jawap "tak nak" sambil cebik mulut dan muka sedih....kat dlm keta pon senyap je..dan asyik tgk tingkap..
    selalu nya dlm keta dia epi je..tgk bird..panggil2 ayahhhhh sambil nengok ayah drive..boleh katakan muke ceria laa...
    tp pgi ni takdek dh sume tu..senyap je..hubby aku usik pon dia tak respon...asyik tgk tingkap je..aku dpt rskan perubahan dhira...

    sampai kat simpang dekat taska je dia dh peluk aku erat2 dan kata tak nakkkk...
    keta berenti je dia terus jerit tak nakkkk dan nangis berjujuran air mata...masih erat lg tgn dia peluk leher aku...huhuhuhu..aku pun jd sayu..nk hantar ke tak nak hantar...kesiannn sgt...sedihhh...tp aku takde pilihannn...kena kerja...
    aku keluar kereta dan pas kat pengasuh..meraung dia nangis...adussss...sedih nyeee..tersentap jiwa aku..dan terpikir ..nape teruk sgt keadaan dhira skrg ni yer..
    kompem aku g kerja dengan hati yg tak tenang...tak sbr nak balik ambik dhira..

    ptg tu g ambik..sedih je muke dia...mcm baru je nangis..aku tanya kat pengasuh...katanya ade budak berebut botol susu dia..huhuhu..tu yg skrg ni diorg letak dhira dlm babycot...takut kena kacau ngn budak..kalau tak ade sorang pengasuh tu yg rajin dukung dia...
    hahhh...babycot? dukung??
    patut pon dhira dh jd manje skrg ni...asyik nangis je..pastu kalo terjaga tdo malam ..nangis2 je sebut "taknak..taknak"..patutlah..mesti dhira rs terkongkong dlm babycot tuh..takleh nak ke sana sini..sblm ni dia bebas ke sana sini..nak lari ke nak duduk ke..nak baring ke...naik main ke..
    sedihhh..aku dh dpt rasakan ape perasaan dhira skrg nih...

    mlm tu aku ngn hubby dh tekad nak cepat2 hantar dhira kat tmpt lain..
    semua org aku tanya..nasib baik ade pengasuh anak opismate aku ni nak asuh sorang lg budak..
    balik tu pun dhira menyusu sungguh2...mcm tak minum je budak nih..itu yg terlintas kat kepala aku..mungkin sbb terlalu ramai budak kat situ kot sampai tak terlayan..
    mlmnye..dhira asyik nangis2 je bila tersedar dr tdo..pastu sebut "tak nak taknak"..seperti trauma/fobia je anak ku ini..

    6th day:
    Pagi ni aku hantar pun masih lg dia meraung2..malah lg teruk aku rs...lame gak dlm keta ingat nak kasi dia cool ckit..tp tak jd jugak..jerit2 taknak..terpaksa la pas ke pengasuh dgn berat hati..aku rs dh nak mengalir dh airmata..tp aku tahan kan jugakk..huhuhu..takut sgt dhira diapa2kan kalo masih menangis lagi..aduhh..harap2 takle..

    ptg tu g ambik...tak nangis tp memek muka dia sedih...dlm keta nak menyusu gak..dan senyap je..kat umah pon nak dukung je..tinggal kejap takleh..nangis..dan sebut "tak nak taknak"..ajak main pon xnak..nak dukung je...aduh...ni dh kes teruk ni..tdo pun masih lg cam ngigau.sebut 'tak nak taknak"...

    aku........
    penuh dgn kerisauannnn...huk huk..

    7th day:
    Hari ni aku bertekad menghubungi kakak yg asuh anak opismate aku tu..dan nk g umah dia ptg nnti..tghri ni aku ambik anak aku siap2..

    terkejut gak  masa ambik dhira td..bukak pintu je aku trus meluru masukk..dann nampak dhira tak bermaya dok dlm babycot sorang2..baring mcm tak larat je...seolah2 cam dia redho dok dlm tuh..kawan2 nye yg lain dok tdo kat bawah..dia sorang je kat dlm babycot..nampak sgt anak aku dikurung..huhuhuhu..sedih nyerrr..

    patutla dia tak tahan dan meraung bila nk hantar ke sini...
    bila nampak aku je trus dia bangun dan hulur tgn...
    bila aku tanya ..pengasuh kata dia baru je bgn tdoo..hmmm...tp aku mmg dptkan rasakan dhira amat sedih berada disitu...

    sabar ye sayang..esok ibu tak hantar dah ke taska...ibu hantar umah pengasuh lain yer...


    baru 7 kali aku hantar dhira kat taska...hasil nye dia jd seoarng yang pemarah..manje ..tdo malam pon asyik ngigau..tak jerit2 panggil ayah seperti biasa..pendek kata dah tak seceria dulu lah... 
    tak tau apa sbnrnye yang dialami oleh dia...ibu dpt rasakan kesedihan dhira..ibu & ayah akan cuba sedaya upaya utk bg keadaan yg selesa utk anak ibu ni..kalau perlu ibu akan berhenti kerja utk jaga dhira...semoga lepas ni dhira akan kembali ceria seperti dulu..

    p/s Esok hantar dhira ke rumah pengasuh...tgk camne lak keadaan dia...nnti aku update...