Wednesday, June 23, 2010

Production Susu Merundum?

"Ishhh...apsal susu aku sikit nih!!"
"Alamak! susu takmo kuar la..camne ni...tak cukup stok!!"
"nak buat camne nih..riso nye!!!
"
~ nebes..nebes..nebes...


Pernah tak ibu2 mengalami situasi macam nih? Bohong la kan kalau kata tak pernah..saya pasti production susu akan ada pasang surut nya..ada masa ok ada masa agak kurang sket..

Bagi ibu2 yang ada banyak stok mungkin tak risau sgt..tp bg ibu2 yang gamble mcm saya ni ( ader ke or aku sorang jek..huhu)..pam susu pada hari ni utk bekalan esok..kalo ade stok pon 2-3 botol jek..nak wat camne..aku nyer peti sejuk 1 pintu jek..tak tahan lama..kena tunggu budget peti ais baru..biler yer agak nyer..

Ok nak cite..Sepanjang tempoh 5 bulan selepas berpantang...saya pernah mengalaminya sebanyak 4 kali..baru2 ni jadi lagi..semuanya gara2 tak pam mengikut waktu yg sepatutnya..nak wat camne disiplin ku agak kurang skit..saya kena kuatkan Semangat lagi...dan teruskan Perjuangan!!

Dalam situasi begini apa yang patut dilakukan?? Jadi saya senaraikan langkah2 yang saya ambil untuk mementenkan balik production susu untuk Dhira...jadi ibu2 diluar sana yang menghadapi masalah sama bolehla refer kat sini sebagai panduan...

mula2 skali.... ni penting nih!!

1- Bertenang & Positif...hehe kalo tak susu kompem tak mau keluar...

then,

2- Pam ikut waktu..kalau kat ofis sekurang2nye 2 atau 3 kali...
3- Banyakkan direct BF kalo bersama bayi..ransangan dari bayi adalah yang terbaik..
4- Minum air rebusan longan ~ yang ni sedap dan besh..kompem esok nya air susu kuar banyak..alhamdulillah..
5- Minum air banyak2..air masak, horlick, milo..
6- Ambik supplement utk tambah susu ~ alfalfa dll...
7- Tengak gambar or video Dhira...mesti tersenyum2 n tergelak sendirian..bila emosi kita eppi..kadang2 saat tu akan menghasilkan let down reflex ...susu yang diperah pon bertambah..
8- Eppikan diri anda kerana perasaan epi akan membuatkan air susu mudah dihasilkan..
9- Sebagai ibu..kena Yakin ..pasti ada susu untuk bayi kita...
10-Lastly, jangan lupa Berdoa & Tawakal pada-Nya..mohon dimurahkan rezeki....insyaAllah..

Semua nya aku cedok dari pembacaan kat blog ibu2 n kat susuibu.com...mana yg sesuai aku ambil n amalkan..so far menjadi...yang penting ibu kena POSITIF...

mudah2an tercapai harapan ku untuk susukan Dhira sampai umurnya 2 tahun..aaminnn


Jaga Hubungan Dengan Allah..Maka Allah Akan Jaga Kita..

Nak share tis artikel dengan anda semua...
sebagai peringatan kepada diriku dan dirimu jua..untuk terus berjuang menjadi insan yg lebih baik dari hari semalam...


10 Gangguan Syaitan Dalam Solat
www.iluvislam.com

1) WAS-WAS SAAT MELAKUKAN TAKBIRATUL IHRAM

Saat mulai membaca takbiratul ihram "Allahu Akbar" , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ia langsung mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir ruku'.
Ibnul Qayyim berkata, "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka terseksa dan tidak nyaman.

2) TIDAK KONSENTRASI SAAT MEMBACA BACAAN SOLAT

Sahabat Rasulullah SAW iaitu ‘Utsman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah dan rancu". Rasulullah SAW menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku". (HR. Muslim)


3) LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, "Jika salah seorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam". (HR Bukhari dan Muslim)


4) HADIRNYA FIKIRAN YANG MEMALINGKAN KONSENTRASI

Abu Hurairah r.a berkata, "Rasulullah SAW bersabda, "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia shalat". (HR Bukhari)


5) TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SOLAT

Ibnul Qayyim berkata, "Sesungguhnya ketergesa-gesaan itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gelabah, asal dan sembrono yang menghalang-halangi seseorang untuk berperilaku hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tergesa-gesa muncul karena dua perilaku buruk, iaitu sembrono dan terburu-buru sebelum waktunya".
Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal. Asal mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau thuma'ninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang shalat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karana solat yang telah ia kerjakan belum sah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya, "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur'an yang mudah bagimu, lalu ruku'lah sampai kamu benar-benar ruku' (thuma'ninah), lalu bangkitlah dari ruku' sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu" (HR Bukhari dan Muslim)


6) MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat: "Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW". Orang tersebut bertanya, "Apa yang dilakukannya?" Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW", kata Ibnu Umar. (HR Tirmidzi)


7) MELIHAT KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT

Dengan sedar atau tidak, orang tersebut melihat ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik. iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum melihat ketika solat". Rasulullah SAW menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba". (HR Bukhari)


8)MENGUAP DAN MENGANTUK

Rasulullah SAW bersabda, "Menguap ketika solat itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian ingin menguap maka tahanlah seboleh mungkin". (HR Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda, "Adapun menguap itu datangnya dari syaitan, maka hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ha... bererti syaitan tertawa dalam mulutnya". (HR Bukhari dan Muslim)


9) BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT

Syaitan ingin menggangu kekhusyu'an solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, "Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan" (Riwayat Thabrani). Ibnu Hajar mengomentari kenyataan Ibnu Mas'ud, "Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain karena syaitan memang ingin menggangu solat seseorang dengan berbagai cara"


10) TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR

Rasulullah SAW bersabda, "Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya". (HR Muslim)



Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari berbagai macam gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut. Dan bagi yang merasakan gangguan tersebut, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.




Thursday, June 17, 2010

Bayi kurang menyusu...



Inilah antara cabaran yang aku hadapi untuk menyusukan Dhira...

Masalah bermula masa aku dh nak masuk kerja..mulakan latih untuk dhira menyusu susu perahan aku melalui botol sejak umur dia sebulan lagi..tapi dia menolak..dah puas pakse..puting pon dh berjenis2 tukar..siap bengkak2 lg mata nangis..cian dia..tapi dia tetap taknak..kuat betul pendirian dhira...aku dh naik risau dah..

Masa memula hantar ke rumah pengasuh.. dhira mmg tak nak langsung hisap susu dalam botol..kalo hisap pon sekadar mengalas perut je...

Hari ni genap 6 bulan umurnya namun corak penyusuan nya masih sama..tapi alhamdulillah dia nak jugak menyusu botol..kdg2 4oz pun tak cukup..tp kdg2 dia taknak...yg pasti kalo balik dr kerja mesti dia epi..carik ibu dia..bagaikan tak sbr nak menyusu badan..hehe..

Dan hari ini juga aku baru terjumpe artikel yang berkaitan nih..lega sikit..

So sape2 yg menghadapi masalah yang sama seperti aku ni bolehla apply ape yg disarankan..yg penting jgn mudah putus asa...jom baca!!

Info lanjut klik kat sini ye




Wednesday, June 16, 2010

Koleksi Cloth Diapers (CD) Dhira...

Salam semua...hari ni nak cite psl CD lak..

Ktorang start membeli CD utk Dhira semasa dia berumur 2 bulan lebih..Buat masa ni ada 19 koleksi CD utk Dhira dari pelbagai jenama antaranya Lunatots, Rainbows, Babyland, Coolababy dan Autumz. Memang sengaja beli ckit2 dari pelbagai jenama sbb nak tengok keserasian dan cutting yang sesuai utk Dhira..selain tu kalo beli skit2 tak la terasa sgt ongkos nye keluar..kan kan kan...

nway tak semua CD tu sesuai ngn anak kita..ada yg cutting beso..kalau paha anak chubby boleh la kalo tak rasanya kena pilih cutting kecik ckit cth nye cam Babyland and Rainbow..so ibu2 bapak2..kena study jugak ye..selain tuh harga yang berbeza juga memberi perbezaan kepada material CD cth nya microfleece Lunatots lebih lembut dan gebu dari CD yg lain..tp tak bermakna CD lain tu tak ok tau..depends pada keserasian dan budget masing2..yg penting baby epi..parents pon epi!!

Hopefully pasni boleh la menambah lagi koleksi CD utk Dhira...3-4 CD sebulan sudah memadai..kalau 6 bulan dah 24 CD berjaya dibeli..nnti adik Dhira (wah wah wah)pon leh la pakai jugak..

Untuk jangka masa panjang mmg Jimat dan Menguntungkan..disamping dapat mengurangkan sampah kat dunia nih..yeahhhhh....Go Green!!

Jom Ibu2 Bapak2..mari kita berCD...














Makanan Pertama Bayi...

Salam semua...
Aku jumpe artikel ni kat berita harian...nak kongsikan bersama korang...
sebagai info bersama..jom baca!!


Permata Hati: Makanan pertama bayi
Oleh Siti Nur Almizan Aripin

2010/04/27
Elak beri sajian pejal sebelum usia lebih enam bulan

SEORANG rakan menceritakan gelagat bayi lelakinya berusia lima bulan yang sering menangis seolah-olah kelaparan. Namun katanya, dia teringat pesan ibunya yang menegahnya menyuap makanan sebarangan kecuali bubur nasi bercampur kentang, itu pun bubur dikisar dan direneh sehingga benar-benar halus selepas bayinya mencapai usia enam bulan.
Tidak bertanya lanjut, rakan penulis hanya berdiam diri tapi sesekali dia memberikan bayinya nestum di luar pengetahuan ibunya.
Selepas beberapa ketika, dia mendapat maklumat daripada portal keibubapaan yang memberitahu bahawa tiada istilah tidak cukup susu atau kelaparan untuk anak kecil berusia kurang enam bulan jika diberikan di dalam sukatan serta masa tertentu, lebih-lebih lagi jika anak itu menyusu badan.

Menurut maklumat itu lagi, susu ibu terutama mengandungi cukup nutrien dan vitamin yang diperlukan seorang bayi tanpa perlu ditambah khasiat daripada sumber lain waima buah-buahan atau sayur-sayuran.

Berdasarkan pembacaannya juga, ada kajian menyatakan bahawa pada ketika bayi berusia enam bulan barulah tubuhnya berkemampuan membina bakteria pelindung yang turut membantu sistem penghadaman memproses makanan pejal.

Kini, barulah dia sedar mengapa orang tua banyak pantang larang. Kesimpulannya, elakkan daripada menyuap bayi anda makanan pejal sebelum usianya melebihi enam bulan bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini kepada si kecil di kemudian hari.
Pada peringkat permulaan mengenalkan bayi dengan makanan pejal, bubur nasi atau makanan yang dikisar halus adalah digalakkan. Kuantiti boleh ditambah sedikit demi sedikit bersesuaian usia si kecil.

Seperti yang penulis perhatikan, setiap kali pulang ke kampung, cucunya yang kecil akan berpeluang menikmati bubur nasi yang dimasak bersama kentang serta lobak merah, kemudian ketika direneh, daging segar yang dibeli Tok Wannya dari pasar tani dipotong halus dan dimasak bersama bubur. Kata ibu mentua, manis daging sebagai penambah rasa kerana bayi kecil tidak boleh mengambil gula atau garam.

Seronok juga Jauna, sesekali bubur nestum bertukar bubur nasi bercampur sayuran dan daging segar. Dan itu juga sebaik-baiknya untuk anak kecil berbanding makanan daripada pek segera.

Tapi, setahu penulis, ada juga ibu yang tidak menyuap bayinya makanan lain selain bubur nasi dan susu walau selepas anaknya berusia hampir setahun. Kata ibu penulis, tubuh anak yang tidak disuap makanan pejal berbeza berbanding anak kecil lain di mana mereka akan kelihatan lembik.

INFO: Carta pemakanan si kecil

# Enam bulan
Tekstur makanan : halus
Minuman: susu
Makanan: Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam, lobak merah dan mangga
Elakkan: Garam, gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur, cili dan kekacang

# Tujuh bulan
Tekstur makanan: Halus tapi sedikit kasar berbanding pada usia enam bulan
Minuman: Susu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5)
Makanan: Buah, sayur, gandum, telur kuning dan mentega kacang
Elakkan: Susu lembu segar, cili, garam, gula, telur putih, ikan dalam tin dan organ dalaman haiwan

# Lapan hingga 12 bulan
Tekstur makanan : lenyek/kisar/cincang
Minuman: Susu ibu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5)
Makanan: Buah, sayur, ikan, daging, produk tenusu dan telur kuning
Elakkan: Telur putih, cili, kerang-kerangan, gula, organ dalaman dan lemak

# 12 hingga 18 bulan
Tekstur makanan : cincang
Minuman: Susu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5)
Makanan: Sama seperti keperluan ahli keluarga yang lain
Perlu dielakkan: Telur mentah, cili dan kerang-kerangan.




Tuesday, June 15, 2010

Wajah-Wajah Dhira..

15 June 2010

2 more days to go! ~ pejam celik pejam celik..anak ayah&ibu ni dh nak menjangkau umur 6 bulan..sungguh cepat detik waktu berlalu..tak lama lagi leh makan bubur..yea yea!!! Moga dhira membesar bagai johan dan sihat sejahtera hendaknya...aaminnnnn
















Monday, June 14, 2010

Balik Ganu...

4 June 2010


Awal pagi lagi dalam 6.30am kitorang dh bertolak ke Ganu..balik sempena cuti sekolah dan anak sedara kawen..ambik cuti till selasa..hehe..5 hari gitu..
rindu kat belara..last balik awal bulan 3 ari tuh..pas abis pantang....

Perjalanan alhamdulillah..selamat sampai pergi dan balik...tapi biasala namanya pon cuti kan..tak cukup dan tak puas!..rasa kejap je dh nak balik dh..huhu..mmg tak puas..Dhira pon tak puas main ngan Tok Ki dan Tok Chek, sepupu dan mak sedara nya..baru nak berkenalan..tapi alhamdulillah dapat jugak jumpe...






Sepanjang perjalanan..Dhira byk tdo..nyusu kejap ..main kejap..pashtu tdo balik..alhamdulillah tak meragam sgt..

Tak sbr lak tunggu raya...masa tu dhira dh sibuk dh nak ke sana sini..makan kueh raya..hehe..

oklah jumpe lagi ye org kampung!!


Wednesday, June 2, 2010

Secret Recipe @Jusco Equine Park

29 April 2010

Hari tuh...aku n opismate makan kat Secret Recipe beramai2..takde la ramai sgt pon..dlm 7 org gtu..

Ktorang order promotion lunch set yang berharga RM10 tuh..skrg ni tak tau sama ada promotion still valid atau tak..lama dh tak menjenguk..nway aku nak tepek gambo kitrg ms lunch kat situ (lama doh nok tepek sbnrnye..)wat kenangan...


Lemon Tea ~ satu berais ..satu tidak...ku lebih suke tak berais..tapi rasa nya tetap sodappp..


Yang ni pon..sodappp..mula nye nampak macam sikit..tp mmg kenyang lah..byk!!



As penuh khusyuk...makann..hehehe


Hany n Niza..sempat posing lagik!


Bakal Ibu nih!! hehe..baik2 ye ibu..

So kengkawan...next visit bile eh?



Tuesday, June 1, 2010

My Breastfeeding Gadgets!

Inilah gadget2 yang digunakan untuk membantu aku menjayakan projek breastfeeding untuk si comey..Nadhira..



Cooler Sling Bag dan Ice Pack ~ beli dari Moms Little Ones



Ni pulak chiller yang bertindak sama seperti icepack..boleh kekalkan kesejukan melebihi 12jam.




Little Bean Sterilizer + Warmer ~ beli kat FabulousMom




Haaa....inilah hasil nye...peti sejuk aku jenis yang 1 pintu jadi EBM boleh tahan dlm 2-5 hari...mmg gamble lah nih..stok frozen takdek..hehe..tapi aku percaya rezeki Dhira tetap ada...InsyaAllah..

Jom Breasfeeding!!!
The International Breastfeeding Symbol