Thursday, April 28, 2011

26 April 2011 >>> 3rd Anniversary

From Mr. Google

Salam ceria semua...
pejam celik pejam celik...rupe nye dah 3 tahun kami bersama..menjadi pasangan suami isteri yang sah dan juga dah setahun 4 bulan hidup bersama  dengan
buah hati pengarang jantung kami..

Wan Nadhira Insyirah...
namun..setiap detik dan saat itu aku rasakan terlalu pantas...sampai ada masa nya aku rasa tak mampu nak kejar dan bersaing...

atau 

adakah aku yang terlalu lambat @M.A.L.A.S bergerak dan bertindak dalam menjalani hidup ini??? 

sila jawab sendiri yer..hehehe


hmmm...mungkin skrg adalah masa yg terbaik dan paling sesuai utk muhasabah diri aku..diri kami berdua ..dan merancang balik masa depan kami..

byk perkara yang perlu kami perbaiki dan atasi...

MaSa UnTuk BeRtInDaK!!!!!! 




semoga Allah merahmati kehidupan dan memudahkan segala perancangan kami...

dan

mudah2an jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat...

aaaminnn ya rabbal alamin.. 




Khas untuk suami ku ... ibu  S.A.Y.A.N.G  ayah





Friday, April 22, 2011

Baik @ Buruk Soya???

Diceduk dari blog HanyBunny


Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.


Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.


Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:


1) Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

2) Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

3) Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.



Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)


Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.


Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan perencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.


Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.


(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .


(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.


Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.


Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.


Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.


Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.


FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!


FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!


FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.


Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.


MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

**sharing is caring**



Wednesday, April 20, 2011

.::SAUDAGAR MUSAFIR CHEESETART GIVEAWAY..!!::.


 Salam ceria semua..


Klik banner utk Join..

Ni kira 1st time ler ibudhira menjoinkan diri dengan GA ni...before ni cam tgk je member2 join ..siap menang dapat hadiah lak tuh..

Bila tgk cheesetart ni cam menarik je..maka terhasil lah entry ni..jum kawan2 kira serang ramai2...

Tarikh tutup 30 Mei 2011


p/s balik ganu kena order nih...



Hospital Rakan Bayi dan Breasfeeding kat TV3??


Salam ceria semua...

Malam tadi mata ku terpana pada satu kempen kat TV3...

cuba teka ape dia..???

Hepi sangat sbb kerajaan dah mula buat..harap nyer berterusan...iaitu...


Kempen Hospital Rakan Bayi dan Penyusuan Susu Ibu di TV3...


Tv lain aku tak sure..kira mlm tadi 1st time ler aku tengok..ke dh lama sbnr nye dan aku tak perasan..hehehe

rasanya dari Kementerian Kesihatan Malaysia..tapi tak pasti le.. 
Tapi itu semua tak penting...yg penting skrg ni..semua org akan terdedah dengan kepentingan penyusuan susu ibu untuk bayi kita..

Takdelah asyik iklan susu tepung jek..baru la adil dan kita sebagai ibu boleh buat pilihan yang terbaik untuk anak kita...

Terlalu banyak khasiat susu ibu yang org kita ni tak tau...atau dh tau tp buat2 lupa..padahal org luar sana..di oberseas semua nya sibuk nak memberikan yang terbaik untuk anak2 mereka..especially baby yg baru lahir..


kesian kat baby tau...
lahir2 je trus kasi susu tepung..dia nak gak rs susu ibu dia yg lemak manis penuh khasiat tu...nak gak rs pelukan manja dan sentuhan kasih suci ibu dia semasa menyusu...
 lain la kalo mmg ade sbb yang tak boleh dielakkan utk breasfeed baby...itu dimaafkan dan dikecualikan le.. 

Breasfeed ni mmg ler agak leceh especially utk ibu2 yg bekerja..tp akan terasa mudah bila kita ikhlas kan niat kita nak bg yg terbaik untuk bayi kita...

Semoga selepas ini lebih ramai ibu2 dan bapak2 yg sedar kepentingan dan khasiat susu ibu ni..Allah dh ciptakan makanan yg terbaik untuk bayi kita..gunakan lah sebaik nya...dan jangan membazir nikmat yang ade..
semoga bermanfaat..


Salam breasfeeding dari saya....


Tuesday, April 19, 2011

Kasut Crocs Baru....

Salam semua...

Baru2 ni pergi ke Car Booth Sales kat Maips Serdang...

Dipendekkan cerita..tertinggal lak kasut dhira yg ade bunyik tuh...dlm 5 min kitorang patah balik dengan harapan kasut tu ade lagi la....

tetapi tak ada pon kat tempat tuh...dh selamattt dahhh...hubby tanya2 jugak org2 kat situ..sume kata tak tau..

huhuhu

Agak sedih jugaklah..sbbnyer  itu kasut pertama yang kitorang beli untuk Dhira..
mungkin takdek rezeki nak pakai lama..ingat nak pakaikan turun temurun sampai ke adik2 dhira..
hehhehe..plan baik punyer..

Skrg ni...dapat lak kasut ke selipar ni... croc yang baru..Bik Yan dan Mamang yang belikan...

"Acihhhh"...Dhira sebut..

makna nyer terima kasih

comel tak?

Merah2 tu kena gigit nyamuk leee..

Sibuk jalan sana sini...testing...



Siap ade Hello Kitty lagi..
Kena letak dekat2 dia..mentang2 baru lagi yer..




Sayang sgt kat anak ibu dan ayah nih..

muah muah muah!!!!






5th ~ Bebday Club Girl

Salam ceria semua...

Kali ni sambutan bebday As.. kitorang buat kat Secret Recipe...syokkk ooo..
 makan pon sodap..
 Dah lama tak g makan kat sini...apa lagi order la yang besh2...

Aku saje je post lambat ckit bebday kali ni..nk kasi chance tuan nyer bdan post dulu...
yer la tu..yg sbnrnyer aku ni M.A.L.A.S...hehehe..


so kita layan yer...


Serius nyer bebday girl potong cake...hehe

Kek bebday dari sudut 45 darjah...hehe


Bersama hadiah..







Nampak nyer kita dua je yang pakai tudung hitam...huhuhu


Last snap before balik ke opis...sempat lagi..

Sampai jumpa lagi di sambutan yang akan datang...

take care 




Monday, April 18, 2011

Mengapa Ibumu Menangis?

Menarik dari iluvislam.com
 

dari Mr.Google

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

"Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.


Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. 
Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:


01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Tahukah kamu? 

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada.


p/s  ada kekuatan rupanya disebalik airmata seorang ibu.....terima kasih ya Allah..


Wednesday, April 13, 2011

Herba Maharani

Salam sayang semua...

Hari ni aku nak kasi review psl Herba Maharani ni...dan nk kongsi sikit kebaikan dan manfaat yg aku dapat setelah menggunakannyer...tu pun baru sebulan...hehe.

Sekotak ade 6 biji bola tuh..

Herba ni jugak dikenali sebagai "Te Zhi Bai Feng Wan"..

Tapi aku tak mo la cite panjang lebar psl asal usul atau fungsi produk ni..kalo nk tau lebih lanjut sila klik kat SINI




Gini ler ruper nye..

Ok dipendekkan citer..tujuan utama aku ambik produk ni adalah untuk melancarkan peredaran darah seterusnya mengurangkan keletihan yg aku alami selama ni...bdn aku pon selalu je penat..kaki pon slalu sakit...especially bila bgn pagi..

Yela..mana tak nyer..skrg ni mana ade bersenam..anak baru sorang tp cepat je penat...kalo mak aku tau ni mesti bisingnyer laa....org dulu2 ok je..anak 8, 10 org rilek je..ade plak sampai berbelas2..hehehe..camne nk jd kuat cam diorg ek..

hasil dr testimonial jugak..khabar nye ade yg preggy setelah bertahun2 menunggu cahaya mata setelah ambil produk ni..rezeki dari Allah..mungkin herba ni jd penyebab je...kan kan..yang penting kena berusaha jangan cepat putus asa...

ikhtiar dan ikhtiar lagi..berusaha dan terus berusaha..hehe..insyaAllah..

ok sambung semula review aku..

memula makan tu mmg badan rasa panas...hangat je..tapi dlm 2-3 hari je...pastu ok..disebabkan aku breasfeed.. dhira pon kena tempias sekali..panas gak le memalam dia tdoo...so aku kurangkan dos..okla..kalo dok kat tempat aircon mmg besh sbb tak rasa sejuk pon..cuma mlm2 mmg panas ckit ler..tp sbb nak sihatkan..so aku teruskan jua...

yang besh nye...jahitan bersalin ku yg setahun 3 bulan lepas...dh semakin halus..n skrg ni cuma tinggal ckit2 je..yang penting dh tak terasa sakit...alhamdulillah...akhir nya aku jumpa jugak produk yg boleh membantu aku...kalo tak seriau wooo...sape2 yang pernah bersalin dan kena jahit tu tau la camne rasa nya...

Selain tu kulit pon rs tegang je especially muka..itu mmg terasa beb..bangun pagi2 dh tak penat..keputihan pon sudah tiada lagi..
so aku decide nak teruskan dan beli lg utk stok bulan depan...dh beli dh pon..hehehe

skrg ni aku kena tunggu peod this month ..then baru leh consume utk kali kedua...

semoga saja kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh Nya..dan dpt menjalankan tanggungjawab kita sebagai ibu, anak, pekerja dan hambaNya dgn penuh semangat dan yang penting istiqamah.. 


utk kotak kedua plak aku akan update nnti..harap2 semua nya ok..

nantikan yer..




bubye....


Friday, April 1, 2011

Nadhira @1 Tahun 3 Bulan

Salam semua...

Dah lama rasanya tak update entry untuk Nadhira nih...

Pejam celik pejam celik..umur dhira dah pun mencecah
1 tahun 3 bulan... 

Ok..Nak update ckit perkembangan dhira:-

Dhira dah boleh berjalan sendiri sewaktu umur 1 tahun..Masa tu pun dah pandai sebut perkataan Ayah..huhu..ibu pon dia panggil ayah..hehe

Berumur 1 tahun 2 bulan baru pandai sebut Bu... epi sesangat...
Tok dan Mbah pon dh pandai..
 
Sekarang ni pandai sebut sedap nyerr...tapi dalam loghat ganu..ayah dia ler yang ajorr..hehehehe
jadi dia akan sebut .. 

"mmm dak errrr"

 Bila tengok ibu dia masak..dia akan sebut...mmm dak errr..
lagi satu kalo tengok gelang ke atau brooch..dia akan belek2 sambil sebut..

"tek eerrr"

maksud nye..cantek nyer..hehehe..abes la aku..kecik2 dhira dah pandai nak pakai gelang..huhuhu..

Yang pasti..rambut nye masih tak tumbuh dengan jaya nyer...aku pon masih tak boh minyak lg..sbb pernah try letak minyak rambut...konon nye nk kasi tumbuh cepat la...sekali esok nyer trus kuar bintik2 merah..cian dhira..rupa nyer alah dgn minyak kelapa..so skrg ni aku biar je dulu..tp nk try gak nnti...ok tak kalo boh minyak..

Mari tengok aksi2 Nadhira...




Pakai Kopiah Ayah


Nak makan sendiri dah..guna garfu lagi tuh..hati2 ye Dhira..

Dak errr..

Sungguh2 dhira makan...lapar nye anak ibu..

Dah siap makan Dhira pon simpan balik kerusinyer..
Nak tau takkk?

Mlm tadi baru je kena gigit ngn dhira...adoii..sakit nye....
dengan muke tak bersalah nye Dhira tersenyumm..uwaaaaa..sakit ooo...
siap ade kesan "love bite" lagi..huhuhu..

Harap-harap lepas ni anak ibu makin membesar dan sihat walafiat selalu..
sayang anak ibu...
muah muah muahh!!!