Friday, August 13, 2010

Susu dah mula berkurang....

Hari ni dah masuk hari ke 3 bulan puasa..aku dah mula risau sbb susu perahan semakin berkurang...nak dapat 3oz pun susah..aku perasan sejak seminggu ni mmg hasil perahan agak kurang lumayan..stok susu utk dhira pon takde..cukup2 je pam hari ni utk esok..

Lepas bukak puasa semalam aku trus je minum air byk2..rs dahaga sgttt..hehe.. mungkin sbb terliur tgk air sirap bandung yg husband aku bancuhh..sodappp tuh..pastu aku buat rebusan air longan kering dengan harapan dapatlah ia menambah hasil perahan susu nnti..

pagi tadi aku cuba pam susu..nak tambah stok susu dhira utk hari ni..tapi agak menyedihkan..nak dpt 2 oz pon susah bonar..huhuhu...maybe aku terlalu risau kot..nampak nye aku kena betulkan balik niat aku...dan tenangkan diri..mudah2an Allah tunjukkan jalan dan permudahkan...

Dalam 2 hari ni..dhira pon dah bagi hint2 yang susu aku tak laju mcm biasa..mcm malam tadi..bila direct BF je dia akan mula memandang tepat ke mata aku dan membebel seolah2 berkata ." ibuuuu..nape susu ibu tak kuar..dhira nak minummm susuuu..dhira haus nihhh.." bila tgk mata dia yg memandang aku sebegitu..aku jd serba salah..huhu..aku pon pujuk dia supaya hisap je..lama la jugak dia menunggu..akhirnya aku dpt rasakan breast aku dipenuhi susu..hehehe..apa lagi..dhira pon hisap la sepuasnya langsung tak hiraukan org sekeliling..sampai tertidur kat pangkuan ku..nampak sgt dia haus..cian ank ibu..sabar ye..ibu akan usahakan..insyaAllah..

So plan aku skrg aku nk kerapkan pam..siang dan malam untuk stimulate balik penghasilan susu aku....minum air rebusan longan dan cuba ambik nursing tea mcm kat bawah ni... kat Mom'sLittleOnes ada jual..Trial pack nye RM11 saje..tgk review produk mcm ok...harap2 boleh jugak membantu aku mengharungi bulan puasa ni...


Esok nak pg beli la...nnti aku bg review yer....

Selamat Berpuasa dan Berbuka..


 “Ya Allah, aku ingin menyusukan anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.

Amin Ya Rabbal Alamin...





Wednesday, August 11, 2010

Bila si kecik membebel..

Salam semua..

Bulan august ni...usia dhira dah nak mencecah 8 bulan..sedang giat membebel menggunakan bahasa dia..bahasa yg dia sorang je leh paham..anak ibu sayang ni bila membebel je mesti kuat sungguh sore nye..kalo dok sebelah dia tu..berdesing gak la telinga..tak padan dgn kecik...hehehe..jgn mare ye anak ibu sayang,,

selain tu dia sedang giat jugak beraktiviti angkat punggung dan merangkak..ada ura2 nak berdiri nampak nye padahal duduk pon tak stabil lagi..ish ish ish anak ibu ni tgk praktis utk raya ye..abes la umah Tok Ki dan Mbah nnti..

Ok ni dia saksikan bebelan si kecik nih.. sblm perkataan pertama nya di sebut dari bibir yang cumil itu..







sayang anak ibu...muah muah muahh..!!




Friday, August 6, 2010

Ahlan Wasahlan..ya Ramadhan Al-Mubarak..

Pejam celik pejam celik...rupanya dah setahun berlalu...tinggal beberapa hari lagi ramadhan bakal menjelma..tak sabar rasanya..

Persoalannye...

sudahkah kita bersedia menghadapi cabaran terutamanya cabaran menundukkan hawa nafsu sendiri..hehehe...jom sama2 buat persiapan..kuatkan mental fizikal..tetapkan tekad dan azam dalam diri...mudah2an dipermudahkan...




Mintak2 Allah panjangkan umur kita semua..dapat merasai dan mengerjakan ibadah dalam bulan ramadhan kali ini dengan penuh semangat dan ketabahan hati..

kepada anda semua kuucapkan Selamat Menyambut Ramadhan AlMubarak..segala salah dan silap ku.. mohon diampunkan..moga2 ibadah kita akan diterima olehNya....aaminnnn..

ahlan wasahlan ya ramadhan......





Sebenarnya....

Raihan: Sebenarnya....




Sebenarnya
hati ini cinta kepada-Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada-Mu

Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitpun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Kucoba menhulurkan sebuah hadiah kepada-Mu
Tapi mungkin isinya tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya agar tumbuh berbunga
Tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kautsar

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitpun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Jika tidak mengharap rahmad-MU
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu Ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih-Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada-Mu

Moga ku tahu syukurku adalah milik-Mu





Monday, August 2, 2010

Aksi dhira & ayah

Ibu sempat merakam aksi nih...suke sgt..manjaaa..









Yang ni plak ayah dhira nye keje...hehehe..






Akhir nye dia rimas...


Ani Sup Utara @EquinePark

Jumaat lepas...

Pergi makan dengan office mate...kat sinile..1st time makan kat Ani Sup Utara..slalu lalu je..

diorg sume order bihun sup..aku lak order Nasi Ayam Penyet...
1 set RM9 sekali ngn air teh O ais limau..
sedap..boleh tahan ler..ke masa tu aku mmg laporr..hehe
siap ade tempe goreng n kangkung cicah sambal belacan lagi..huhu..

sup dia mmg sedap la..walaupun mcm sup kosong jek...jom soru!!!



Sirap Bandung ~ haa..yang ni tak termasuk dlm set tu ye..




alhamdulillah..kenyang gakk...


Monday, July 26, 2010

Dhira met Bik Juju....

Jumaat lepas...adik aku, Juju dan kengkawan dia nk g Genting...flight dr Kuching kol 7mlm sampai KL kol 9mlm..

Kalau ikutkan kali terakhir jumpe dia masa aku balik pantang iaitu bulan 2..kira2 5 bulan lepas la..masa tu umur Dhira baru 45 hari..dah naik flight dahhh..

skrg dh beso...nak jumpe makcik dia..hehehe..









Memula jumpe tu baikk je..senyap jekk..dah lama pastu tak reti dok diam...n asyik kuarkan lidah je keje dia..hehe..ni la momen2 yg berjaya dirakam..



Jue..miss u ya..


Wednesday, July 21, 2010

Wahai Hati...dengarlah...

WAHAI HATI…..DENGARLAH…..
Kiriman Puteri Perak

Siapa yang tak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya. Bukankah ini yang dinamakan iman…………

Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun…. lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: ‘Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau ya
Allah, lindungilah aku dari api neraka.’

Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia . jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya. Seorang kaya mungkin merasakan
bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahwa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.

Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki….
indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah.
Indahnya ia , melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada ketenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan.
Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih.
Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan Rasulnya.


Hatinya berbisik; lagi……..’Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku.tapi ………. sedikitnya aku bersyukur, ya Allah , hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya
nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai …..sedikitnya do’aku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih’

Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah…. Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak
seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara…………….



Hidup ini perlukan pedoman..dari Laman Nurani

Bingkisan Doa...

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.


YA ALLAH,

ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.


NAMUN,

ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.


YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.


YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.


YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.


YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.


YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.


Mati hanya sekali jadikannya pada jalan Allah...



Hidup ini perlukan pedoman...dari Laman Nurani..


Thursday, July 15, 2010

Hikmah Tersembunyi..







Apa pun yang terjadi...

Jangan sesekali kita mudah kecewa dan sedih andai yang diinginkan tak dapat.. andai apa yang dihajatkan tak kesampaian..
Jangan
sesekali kita menyerah kalah dengan berfikiran sempit dan terburu-buru dalam membuat keputusan ..
Jangan mudah menyimpang dari jalan Allah..
Tetapkan iman di dada..kuatkan semangat dan pendirian... yakin Allah ada percaturan yang lebih baik untuk kita...

insyaAllah..


peringatan untuk diriku dan dirimu....