Thursday, May 26, 2011

SAHARA - SLOT SAMARINDA TV3

Salam semua...


malam tadi sempat tengok ending story of drama SAHARA...



akhir nya tak jadi si Tina kawen ngan Ashraf....

rasa bersalah ngan mama dia kot..hehehee

bapak dia plak terlantar kat sepital..

rasa2 ada tak perkara camni jadi dalam masyarakat kita...
kalau betul ada...mmg kesian la kat diorang..ingatkan anak yang dilahirkan tu dah mati..

rupa2nya yang jd adik kat depan mata selama ini... tula anak dia..

camne nk terima tuh...huhuhu

mmg terror la atuk ngn nenek dia simpan rahsia...


p/s moga drama SAHARA ni boleh dijadikan iktibar utk kita muhasabah diri bersama...








Friday, May 20, 2011

Gelagat Terkini Nadhira...


Salam ceria semua...

hari ni ibu nak hapdet ckit pasal anak dara ibu nih...nadhira..skrg dh umur 1 tahun 5 bulan..dah beso dah..walaupun badan comel jek..

tgk la gelagat nadhira tu..kita layan yerr..


Sibuk mencuba kasut yang ibu baru beli...

kasut ayah pon jadi mangsa...siap tertonggeng2 lagi tuh...

belek2 kasut..

Masa ni kat jusco..dia pon ikut menyopping gakk..belek2 kain baju...huhuhu..

nak gak pakai mende ni..

epii pakai mende alah tu...

comel kan anak ibu...hehehe


Dah beso nnti belajar rajin2 yer..jadi anak yang berguna dan solehah..pandai jaga diri dan jgn lupe ibu n ayah..

ibu sayang dhira...muah muah muah!!!


Thursday, May 19, 2011

Salahkah Wanita Bila Tak tahu Memasak?

Salam sejahtera dan ceria semua...

hari ni aku saje je nak kongsi kan artikel ini bersama...semua org termasuk lelaki kena tau dan baca mende nih....


Salahkah bila wanita tak tahu memasak?? 

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

So camne? apa komen korang? wanita kena tahu masak takk?
Bagi aku mmg wanita kena tahu memasakk..selain jimat memasak ni kdg2 menyeronokkan..lebih2 lagi kalo masak sedap..kalo mmg tau tak reti masak tu ..belajar la..kursus ngn mak ke or pg kelas2 memasak....(peringatan untuk diriku dan dirimu jua..hahha)

dan yang paling penting ianya mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan anak-anak....lagi berkat makan dari air tangan ibu...heehe

namun begitu suami juga jgn lupa tanggungjawab menjadi imam bagi keluarga anda..setiap isteri perlukan kasih sayang dan bimbingan..kalo tak tau belajar laa....jgn malu utk belajar...selagi hayat dikandung badan mmg kita dituntut untuk belajar meningkatkan ilmu didada...buang ego tu jauh2...mudah2an kita semua beroleh keberkatan dunia dan akhirat..

Sumber artikel dari : iluvislam.com


p/s aku kalo penat sgt mmg tak masak...huhuhu...


Monday, May 16, 2011

nyum nyum sedap nyerr...

Salam ceria semua...

last month aku dan opismates pergi ke UiTM puncak alam... ni kire psl kerja la...

lama dah tak makan kat kedai mamak tepi bulatan ni..1st time aku pergi filah yang bawak..

ramai jugak yg singgah sini..

kali ni aku pergi ngan k.azi & aina soot plak..hehehe

aku order rojak mee ngan cendol..

kire boleh tahan le...pedas gakkkkk...

saje nak tepek gambar buat kenangan

ok..kita  layan lak..


Kekenyangan...tp kejap je lapar balikk....

Rojak Mee

Mee goreng mamak...

Wokeh...chow dulu yea..










Tuesday, May 10, 2011

Blue Theme Besday Party

Salam ceria semua...

besday sape lak ni yer..

kali ni besday opismate kami ...Cik Fatiha..yang sambutan nyer telah diadakan di KFC Jusco Equine Park pada jumaat lepas... .

Memula tu mmg plan nak buat kat Mc'D..tetapi FULL HOUSE la plak...
takde tempat langsung..
cian besday girl nk makan Mc'D..

ok kite layan jer la..


Epi Besday Fatiha...

Cantek je kek ni dibelah2..hahaha..kredit to As

Ni dia bebday girl...

Nak jugak tepek bear utk bebday girl...

Antara hadiah2 yang bebday girl dapat..



Sempat lagi bergambor..

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga tak lama lagi bertemu jua dengan teruna idaman...hehehe


amin ya rabbal alamin...



Tuesday, May 3, 2011

6th ~ Bebday Club Girls

 Salam ceria semua.....

Sambutan bebday kali ni adalah utk k.Mas yang bertemakan fink kalerr..
dan telah diadakan di kedai English Style....itu nama yg kitorang panggilan utk kedai tuh..
apa tidak nya ...
hampir kesemua barang yg ada dlm kedai tu bertemakan english style..
nama sebenar kedai tu adalah Ros Murni..

tp mmg besh la..kat situ leh makan dengan pakej jimat ... sedap plak tuhh.. fuhhhh!!


ok berbalik kepada sambutan..kita layan je la yer..


Bebday girl ~ k.Mas
Manyak hadiah....

geng opis



Sempat lagikkk...hehehe
 
serius je aqil nih...senyum ckittt..



sedapppp tomyam nihh tauu...





cantek kan..cuci mata la kalo g makan kat sini...
nway..
sampai ketemu lagi di sambutan yang akan datang..

tata..




Thursday, April 28, 2011

26 April 2011 >>> 3rd Anniversary

From Mr. Google

Salam ceria semua...
pejam celik pejam celik...rupe nye dah 3 tahun kami bersama..menjadi pasangan suami isteri yang sah dan juga dah setahun 4 bulan hidup bersama  dengan
buah hati pengarang jantung kami..

Wan Nadhira Insyirah...
namun..setiap detik dan saat itu aku rasakan terlalu pantas...sampai ada masa nya aku rasa tak mampu nak kejar dan bersaing...

atau 

adakah aku yang terlalu lambat @M.A.L.A.S bergerak dan bertindak dalam menjalani hidup ini??? 

sila jawab sendiri yer..hehehe


hmmm...mungkin skrg adalah masa yg terbaik dan paling sesuai utk muhasabah diri aku..diri kami berdua ..dan merancang balik masa depan kami..

byk perkara yang perlu kami perbaiki dan atasi...

MaSa UnTuk BeRtInDaK!!!!!! 




semoga Allah merahmati kehidupan dan memudahkan segala perancangan kami...

dan

mudah2an jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat...

aaaminnn ya rabbal alamin.. 




Khas untuk suami ku ... ibu  S.A.Y.A.N.G  ayah





Friday, April 22, 2011

Baik @ Buruk Soya???

Diceduk dari blog HanyBunny


Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.


Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.


Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:


1) Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

2) Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

3) Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.



Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)


Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.


Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan perencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.


Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.


(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .


(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.


Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.


Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.


Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.


Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.


FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!


FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!


FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.


Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.


MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

**sharing is caring**



Wednesday, April 20, 2011

.::SAUDAGAR MUSAFIR CHEESETART GIVEAWAY..!!::.


 Salam ceria semua..


Klik banner utk Join..

Ni kira 1st time ler ibudhira menjoinkan diri dengan GA ni...before ni cam tgk je member2 join ..siap menang dapat hadiah lak tuh..

Bila tgk cheesetart ni cam menarik je..maka terhasil lah entry ni..jum kawan2 kira serang ramai2...

Tarikh tutup 30 Mei 2011


p/s balik ganu kena order nih...



Hospital Rakan Bayi dan Breasfeeding kat TV3??


Salam ceria semua...

Malam tadi mata ku terpana pada satu kempen kat TV3...

cuba teka ape dia..???

Hepi sangat sbb kerajaan dah mula buat..harap nyer berterusan...iaitu...


Kempen Hospital Rakan Bayi dan Penyusuan Susu Ibu di TV3...


Tv lain aku tak sure..kira mlm tadi 1st time ler aku tengok..ke dh lama sbnr nye dan aku tak perasan..hehehe

rasanya dari Kementerian Kesihatan Malaysia..tapi tak pasti le.. 
Tapi itu semua tak penting...yg penting skrg ni..semua org akan terdedah dengan kepentingan penyusuan susu ibu untuk bayi kita..

Takdelah asyik iklan susu tepung jek..baru la adil dan kita sebagai ibu boleh buat pilihan yang terbaik untuk anak kita...

Terlalu banyak khasiat susu ibu yang org kita ni tak tau...atau dh tau tp buat2 lupa..padahal org luar sana..di oberseas semua nya sibuk nak memberikan yang terbaik untuk anak2 mereka..especially baby yg baru lahir..


kesian kat baby tau...
lahir2 je trus kasi susu tepung..dia nak gak rs susu ibu dia yg lemak manis penuh khasiat tu...nak gak rs pelukan manja dan sentuhan kasih suci ibu dia semasa menyusu...
 lain la kalo mmg ade sbb yang tak boleh dielakkan utk breasfeed baby...itu dimaafkan dan dikecualikan le.. 

Breasfeed ni mmg ler agak leceh especially utk ibu2 yg bekerja..tp akan terasa mudah bila kita ikhlas kan niat kita nak bg yg terbaik untuk bayi kita...

Semoga selepas ini lebih ramai ibu2 dan bapak2 yg sedar kepentingan dan khasiat susu ibu ni..Allah dh ciptakan makanan yg terbaik untuk bayi kita..gunakan lah sebaik nya...dan jangan membazir nikmat yang ade..
semoga bermanfaat..


Salam breasfeeding dari saya....